berita

Viral Ratu Cantik ‘Republic of Malaysia’ Diselar Undang Provokasi, Penganjur Akhirnya Mohon Maaf

November 6th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Umum sedia maklum, negara Malaysia bukanlah sebuah sistem pemerintahan di bawah negara ‘republik’. Untuk pengetahuan semua, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Terbaru, sebuah video menampilkan peserta Miss Crystal Angel International telah undang kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri apabila gadis tersebut menyebut ‘Republic of Malaysia’.

Republic of Malaysia?

https://www.facebook.com/saifulbukhari/videos/pcb.10157326125231620/10157326145401620/?type=3&theater

Video berdurasi 22 saat itu menyaksikan salah seorang peserta dari Malaysia berusia 22 tahun memperkenalkan dirinya sebelum menyebut ‘Republic of Malaysia’ hingga mencetuskan perbualan hangat terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Teguran ini turut dilakukan pengguna Facebook Saiful Bukhari Azlan menyifatkan tindakan dari wakil negara itu sesuatu yang memalukan negara.

Sejak bila negara kita ni Republic of Malaysia? Republik bermaksud pemerintahan yang di ketuai Presiden sebagai Ketua Negara, tidak ada Raja, tidak ada Sistem Monarki.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Peserta yang mewakili Malaysia ini wajar di lucut kerakyatan kerana secara terang-terangan sebut mewakili Republic of Malaysia (lihat video). Sistem dan nama negara sendiri pun tak tahu??? Memalukan!! Ke sengaja buat provokasi??

Itu bukan batik Malaysia tetapi Indonesia

Pemakaian yang dikenakan gadis wakil Malaysia ini turut ditegur apabila mengenakan batik bercorak identiti Indonesia. Pemakaian batik itu bukan dilihat seperti identiti batik Malaysia.

Walau penganjur baru mohon maaf, Kerajaan, melalui Wisma Putra wajar ambil tindakan, beri nota bantahan pada negara penganjur iaitu Myanmar. Ini bukan kesilapan kecil, ia soal maruah, dan Kedaulatan Negara!!

Saya yakin, rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, tidak akan sesekali setuju untuk Sistem Beraja kita di hapus, di tukar ke Sistem Republik. Jika ada percubaan itu, langkah mayat kami dahulu!

Batik yang di pakai peserta Malaysia ini pun bukan Batik Malaysia, tetapi Batik Indonesia. Itu pun tak tahu ke??

We apologise for the misunderstanding

Penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa tampil segera memohon maaf melalui laman pages rasmi Facebook berkenaan atas kesilapan menggunakan nama ‘Republik Malaysia’.

Tambahnya, kesilapan ini bukan datang daripada peserta Malaysia namun ia adalah kesilapan mereka sendiri. Pihak penganjur turut menjelaskan pihak mereka sudah menukar nama Republik Malaysia itu ke Borneo melalui perbincangan dengan sebuah organisasi di Malaysia.

 

Sumber: Miss Crystal Angel International, Saiful Bukhari Azlan

SKIP THIS AD ×