berita

Viral Video Cium Mulut, Pengasas Produk Kecantikan Ditahan Lepas Hadir Ke Balai Polis

February 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral video seorang kanak-kanak yang dipercayai adik angkat kepada pengasas produk kecantikan telah dicium di bahagian mulutnya. Video tersebut secara tidak langsung telah dianggap Sexual Grooming terhadap kanak-kanak tersebut tanpa disedari.

Artikel berkaitan: Siasatan Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak, Polis Buru Lelaki Cium Mulut ‘Adik Angkat’

Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan. Terbaru, individu berkenaan telah ditahan apabila dia sendiri yang menghadirkan diri ke balai polis.

Masih dalam tahanan polis

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis sebelum ini menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang individu berhubung video tersebut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan memaklumkan pengasas produk kecantikan itu bagaimanapun telah tampilkan diri ke balai polis untuk memberi kerjasama.

Suspek hadir ke sebuah balai polis di ibu negara untuk memberi kerjasama dan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Siasatan lanjut kini masih dijalankan dan suspek masih dalam tahanan polis.

Kes ini bagaimanapun akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×