berita

Viral Wanita Histeria Ketika Tonton Annabelle 2, Penonton Lain Ceritakan Apa Sebenarnya Berlaku

August 9th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Semalam filem sekuel Annabelle 2 mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia termasuklah Malaysia. Katanya ramai tak sabar nak tengok filem seram arahan David Sendberg ini.

Seorang pengguna Facebook berkongsi video seorang wanita yang dikatakan histeria ketika menonton Annabelle di sebuah panggung wayang di Terengganu. Betul ke histeria?

Menjerit kesakitan

Di dalam video yang berdurasi 8 saat itu, seorang wanita menjerit kesakitan sebelum dibantu oleh pembantu perubatan yang bertugas. Teka teki tentang apa yang berlaku kepada wanita itu akhirnya terjawab apabila beberapa penonton menceritakan hal yang sebenar.

Bukan histeria

Pengguna Facebook dengan nama Sis Biela memberitahu dia berada di dalam panggung wayang itu ketika kejadian ini berlaku. Menurut dia, kaki wanita itu sebenarnya kekejangan kerana kesejukan, bukan kerana histeria dan sebagainya.

Ada juga yang mengatakan kaki wanita tersebut sebenarnya cedera selepas terlanggar tempat letak air ketika baru masuk ingin menonton wayang. Jadi tak ada lah istilah histeria atau kena rasuk!

Sumber : Qerans Irfan

SKIP THIS AD ×