Baru sahaja reda isu kematian mengejut penyanyi kumpulan Shinee, Kim Jong-hyun, kabar duka kembali menyelubungi dunia musik antarabangsa apabila vokalis kumpulan The Cranberries, Dolores O’Riordan disahkan meninggal dunia juga dengan cara mengejut pada Isnin.
Berita kematian O’Riordan ini telah disahkan sendiri oleh juru cakap kumpulan tersebut, Lindsay Holmes. Dolores dikhabarkan telah mati mengejut ketika berada di sebuah hotel di London. Namun, punca kematiannya masih belum diketahui.
Mati mengejut di sebuah hotel
Lindsay memberitahu, polis tempatan telah menjumpai O’Riordan dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah hotel Park Lane. Namun, perkara tersebut hanya diketahui pada pukul 9.05 malam waktu tempatan.
Penyanyi antarabangsa Ireland, Doleres O’Riordan telah meninggal dunia secara mengejut di London hari ini. Anggota keluarga turut berduka cita.
Penyanyi utama band Ireland The Cranberries berada di London untuk proses rekaman singkat. Tidak ada keterangan lanjut untuk saat ini.
Durasi konsert jelajah itu terpaksa dipendekkan kerana O’Riordan mengalami sakit tulang belakang.
Peminat seluruh dunia berduka cita
Kematian O’Riordan telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat setia The Cranberries di serata dunia. Antara lagu kumpulan ini yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini ialah Zombie, Linger, Ode To My Family dan Dreams. Dalam pada itu, selebriti-selebriti antarabangsa turut berkongsi rasa simpati atas pemergian O’Riorden di media sosial antaranya ialah pengacara terkenal James Corden.
I once met Delores O’Riordan when I was 15. She was kind and lovely, I got her autograph on my train ticket and it made my day. She had the most amazing voice and presence. So sorry to hear that she’s passed away today x
— James Corden (@JKCorden) January 15, 2018
Devastated for fans and her family- Dolores O’Riorden had such an exquisite voice, so distinctive and defining of an era. She would have continued to be a rare musical treasure late into a long life #gonetoosoon https://t.co/2QH2cPgRf6
— Liz Phair (@PhizLair) January 15, 2018
Shocked and heartbroken over Dolores O’Riordan’s death. The Cranberries were pinnacle in showing me that it was possible to fully embrace masculine and feminine energy in one cohesive sound. She was a true pioneer ?
— Foster The People (@fosterthepeople) January 15, 2018
Sumber: The Cranberries, Astro Awani, Nerdist