berita

‘Wajah Adik Seperti Tidur’ – Kakak Mangsa Insiden Runtuhan Jambatan SUKE

March 4th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Dua wanita maut dan tiga cedera parah dalam sebuah insiden runtuhan jambatan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), semalam. Insiden tersebut dipercayai berlaku apabila sebuah treler merempuh perancah besi lebih raya sebelum berlakunya runtuhan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Runtuhan Jambatan SUKE, 2 Wanita Maut & 3 Cedera Parah

Bagaimanapun, mangsa yang terlibat dalam tragedi itu sudahpun dikenalpasti. Memetik laporan Harian Metro, kakak kenapa mangsa Nor Hayati iaitu Maslinawati meluahkan rasa sedih dan tidak sangka akan menerima berita kematian melibatkan adiknya.

Dapat panggilan

Foto: Harian Metro

Maslinawati memaklumkan dia mendapat panggilan daripada penyelia adiknya kira-kira pada jam 7.00 malam. Penyelia tersebut memberitahu Nor Hayati terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Penyelia adik menyatakan ada berlaku kemalangan ketika adik dan rakannya dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang elektronik di Subang Mewah. Dia maklumkan belum tahu lagi situasi sebenar bagaimana.

Dari semasa ke semasa saya berhubung dengannya selain saya lihat secara langsung di televisyen.

Susulan itu, dia diarahkan pihak berkuasa untuk segera ke Bilik Mayat Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) bagi membuat pengecaman jenazah. Difahamkan, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Kampung Jerang Belanga, Sungai Besar untuk pengebumian.

Kali terakhir kami berjumpa Ahad lalu di kampung. Terasa sangat kehilangan ini… seperti tak percaya berita ini. Saya lihat tadi keadaannya seperti tidur… Insya-Allah, kita sama-sama doakan untuknya.

Pemandu positif dadah

Berikutan daripada insiden tersebut, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur iaitu Asisten Komisioner Zulkefly Yahya melaporkan pemandu treler tersebut didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Dang Wangi.

Pemandu treler itu ditahan dan akan direman mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×