berita

Walaupun Dihentam Teruk, Sheila Rusly Bersyukur Bukan Gadis Biasa Raih 38 Juta Tontonan

June 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kecoh sebelum ini apabila drama terbitan Shiela Rusly dan suaminya Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo menerima kritikan dari orang ramai. Drama Bukan Gadis Biasa telah menerima kritikal berkenaan teknik suntingan yang dikatakan seperti budak sekolah. Selain itu, pemilihan pelakon yang memegang watak opah turut dipersoalkan kerana watak tersebut tidak menggunakan pelakon yang benar-benar veteran.

Setiap kejadian ada hikmah

Setiap kejadian itu mesti ada hikmah. Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan. Setiap kepayahan pasti ada kesenangan. Walaupun orang kecam, cakap macam-macam pasal saya dan produksi saya, saya percaya ada benda lain yang Allah nak bagi. Jadi inilah hikmahnya.

Saya tidak simpan dendam pun dengan sesiapa yang mengutuk, menghina, mencaci cela saya, produksi saya, suami dan pelakon-pelakon yang terbabit dalam Bukan Gadis Biasa. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Sheila Rusly selaku penerbit drama ini bersyukur dan berbangga kerana drama ini telah mendapat sambutan hebat walaupun dikecam teruk. Drama ini turut mencatat rekod sebagai drama tontonan yang tertinggi sepanjang bulan Ramadan lalu. Sebanyak 11 juta penonton telah direkodkan sepanjang 28 episod ditayangkan serta mendapat jumlah 27 juta tontonan online menerusi YoutTube TV3 dan Drama Sangat.

Allah naikkan darjat drama ini

Mungkin disebabkan kecaman mereka inilah Allah naikkan darjat drama ini. Saya tak ambil hati langsung dengan apa yang mereka komen di laman sosial saya, dekat forum atau blog mana-mana membincangkan berkenaan watak saya, perjalanan cerita serta kualiti cerita. Saya sikit pun tak ambil hati.

Saya dan pasukan saya tak menafikan kami tak sempurna. Tidak ada satu drama pun kat negara kita yang sempurna termasuk terbitan saya. Kami sangat merendah diri dan berterima kasih sekurang-kurangnya mereka menonton drama saya.

Tambahnya lagi, berkemungkinan orang ramai menonton drama ini kerana kelainan watak yang diketengahkan. Selain itu, walaupun drama ini menerima kecaman teruk, ada sesetengah pihak yang masih mahu menonton drama ini kerana ingin mencari lagi kelemahan dan kekurangan yang ada.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×