Bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi bagi mereka yang bekerjaya. Selepas seharian penat bekerja, di rumah pula perlu menguruskan hal anak-anak.
Pengurus Datuk Sri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak meluahkan rasa kagum melihat kecekalan penyanyi itu menguruskan keluarganya disebalik rutin hariannya yang sangat padat. Masa yang terluang digunakan sebaiknya untuk melayani keletah anaknya, Siti Aafiyah.
Rutin kerja Tok Ti dah bertukar
https://www.instagram.com/p/BunhWwfAclS/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=143vrzktp6950
Menerusi video yang dimuat naik pengurus peribadinya Rozi Abdul Razak, kini rutin kerja Tokti sudah bertukar dan perlu disusun dengan sebaiknya. Ini kerana, Tokti sudah mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dengan kehadiran cahaya mata, Siti Aafiyah. Anaknya yang baru berusia 11 bulan itu masih menyusu badan dan memerlukan kasih sayang sepenuhnya daripada seorang ibu.
Menurut Rozi lagi, dia sangat salute dengan pengorbanan Tokti yang bijak membahagikan masa antara anak dan kerjayanya.
Alahai comelnya Tokti dan Aafiyah
https://www.instagram.com/p/BuJzaaYByHH/
The power of ‘ibu’
Satu dalam sejuta
Kagum dengan semangat dan kekuatan
Sumber: Rozisangdewi