Seorang wanita Thailand memfailkan tuntutan mahkamah selepas dia cedera ketika menaiki kereta suaminya untuk menghalangnya daripada memandu bersama perempuan simpanan.
Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Guna Besi, Syak Ada Kekasih Gelap
Artikel Berkaitan: Suami Sibuk Bekerja, Wanita ‘Cantik’ Kahwin Dengan Tiga Lelaki Lain – ‘Hanya Untuk Kutip Hadiah & Wang’
Mempunyai tiga orang anak
Gambar sekadar hiasan
Menurut laporan Thaiger News, wanita yang bernama Bee merayu kepada orang ramai yang mempunyai pengetahuan undang-undang untuk membantunya memfailkan tuntutan mahkamah terhadap wanita simpanan suaminya.
Menurut Bee, dia dan suami telah berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Mereka berdua bekerja sebagai penjual makanan dan baru-baru ini Bee berhenti bekerja untuk menjaga anak bongsu mereka.
Dia mula menyedari tingkah laku suaminya berubah apabila kerap pulang lewat malam dan mabuk secara konsisten. Malah, Bee juga turut menemui kertas tisu dengan kesan gincu dan kosmetik di dalam keretanya.
Bagi mengesahkan syak wasangkanya, Bee meninggalkan telefon bimbit di dalam kereta dan berjaya merakam perbualan antara suaminya dan wanita lain. Wanita tersebut bekerja di bar karaoke dan telah bertemu dengan suaminya beberapa kali.
Bee membuat keputusan berhadapan dengan suaminya dan wanita tersebut itu dan meminta agar mereka menghentikan hubungan mereka.
Walau bagaimanapun, suaminya tetap berjumpa dengan wanita tersebut walaupun sudah bersetuju untuk tidak bertemu lagi.
Suami menampar mukanya
Gambar sekadar hiasan
Bee membuat pengakuan bahawa dia pernah ke bar karaoke dan bergaduh secara fizikal dengan wanita simpanan tersebut dan suaminya membawanya pulang tetapi ia tidak berakhir di situ kerana dia menghubungi perempuan simpanan itu dan bertengkar.
Pada 11 November, Bee sekali lagi meninggalkan telefonnya di dalam kereta suaminya dan mendengar perbualan mereka. Dia mendapat tahu mereka pergi ke kedai emas dan mengikut mereka menaiki motosikalnya.
Bee bertemu mereka di kawasan Charoen Krung di Bangkok dan memotong bahagian hadapan kereta untuk membuat suaminya berhenti. Dia bergegas ke pintu penumpang tempat perempuan simpanan itu duduk dan mengarahkannya untuk keluar tetapi dia enggan.
Bee sekali lagi menyerang wanita simpanan itu secara fizikal namun suaminya melindungi kekasihnya. Kemudian suaminya menendang Bee, menyebabkan dia jatuh ke tanah dan cedera lalu ditinggalkan di tepi jalan.
Bee berharap orang ramai akan membawa bantuan guaman dan kaunselor untuk membantunya menyelesaikan perkara itu.
Sumber: Thaiger News