Sekadar gambar hiasan
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti akan ‘diuji’ dengan pelbagai ujian sepanjang hidup bersama. Mahu tak mahu, pasangan ini perlu kuat dalam menempuhi bahtera tersebut demi menjamin keharmonian dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Suami Selalu ‘Lari’ Setiap Kali Minta Bayar Duit Rumah, Makanan Pun Beli Asing, Isteri Nekad Fail Cerai
Artikel Berkaitan: Nafkah Isteri RM5 Sebulan, Nak Beli Apa Je?
Artikel Berkaitan: Tak Daftar Nikah Sebab Arwah Suami Bagi Alasan Nak ‘Rahsiakan’, Wanita Hiba Anak Tak Dapat Harta Pusaka
Jika perkara tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik, penceraian boleh berlaku dan sekali gus memberi kesan mendalam terhadap anak-anak.
Dapat mak mentua pemalas
Sekadar gambar hiasan
Seperti rungutan dikongsi seorang wanita menerusi satu hantaran Kisah Rumah Tangga di laman Facebook, tampil menceritakan mengenai karenah ibu mentuanya.
Kisahnya bermula selepas wanita ini selamat melahirkan cahaya mata dan ibu mentuanya mengambil keputusan untuk duduk bersama mereka selepas kematian suami.
Ujar wanita ini lagi, suaminya mempunyai adik-beradik yang ramai namun ibu mentuanya memilih untuk tinggal bersama mereka dan dia (pengadu) akui perkara tersebut membuatkan dirinya berasa tidak selesa.
Saya jadi tak selesa sangat-sangat bukan sebab apa, tapi disebabkan mak mentua (MIL) saya betul-betul suka sepahkan rumah.
Apa-apa yang dia guna mesti dia sepahkan, lepas makan lepas dia masak untuk dia barang-barang yang dia guna dia tak basuh tak kemas balik. Saya penat sangat-sangat nak buat semua yang dia sepahkan. Anak saya dah lah jenis high demand nak berpegang je nangis-nangis.
Apa yang lebih mengejutkan, ibu mentuanya dipercayai sama sekali tidak pernah membantunya melakukan kerja rumah dan sama sekali tidak memberikan kerjasama membantu membersihkan rumah.
Kadang-kadang saya tak sempat nak masak, nak kemas rumah. Tapi MIL saya buat tak tahu dia sikit tak nak tolong walaupun saya dah minta tolong. Dah lebih 6 tahun saya kahwin dengan suami saya tak pernah tengok MIL saya pegang penyapu kemas rumah pun tak pernah.
‘Stres dengan apa yang terjadi’
Sekadar gambar hiasan
Bercerita lebih lanjut, ibu mentuanya dikatakan ‘berlagak’ seperti bos dan akan bertanyakan kepada wanita ini jika dia tidak masak walhal si pengadu sedang sibuk menjaga anak kecil.
Lagi satu dia suka panggil anak saya tengah tidur. Dah lah si anak jenis susah nak tidur. Bila terjaga dia tak nak pula main dengan anak saya. 100% rumah ini kerja semua saya buat. Suami pula memang sibuk dan jarang ada dekat rumah. Bila dah masak laju je makan. Tak pernah nak tolong pegangkan anak bila saya nak makan. Hmm saya dah tak tahan dia duduk dengan saya.
Bukan itu sahaja, ibu mentuanya dipercayai bertukar watak selepas anak-anak yang lain pulang ke rumah berkenaan dan wanita ini begitu rajin masak untuk mereka.
Lepas itu yang saya sakit hati, bila adik-beradik suami nak jenguk mak dia. Semua pakat datang rumah saya buat macam rumah sendiri masak-masak dan sepah-sepah.
Nanti saya juga kena kemas. Yang peliknya, rajin pulak MIL tu masak bila anak-anak dia yang lain balik. Bila saya dengan dia, dia buat macam tak ada perasaan duduk je dekat sofa.
Sumber: Kisah Rumah Tangga