berita

Wanita Dipercayai Selamba Kencing Berdiri Dalam Kedai Serbaneka

June 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular baru-baru ini satu rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang wanita dipercayai membuang air kecil sambil berdiri ketika berada di dalam sebuah kedai serbaneka.

Artikel Berkaitan: Patut Bau Hancing Sampai Dinding Berkulat, Individu Terkejut Tengok CCTV, Rupanya Jiran Simbah Air Kencing?

Artikel Berkaitan: Sukar Buang Air Besar, Remaja 14 Tahun Kantoi Hamil, Rupanya Selalu Buat Seks Dengan Budak Kampung

Sempat keluar

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang wanita bertudung hitam sedang berada di dalam kedai tersebut bersama seorang wanita lain.

Wanita bertudung hitam itu kemudian dilihat sempat keluar dari kedai sebelum masuk semula dan berlegar-legar di dalam premis tersebut bersama temannya itu.

Ketika kejadian, kedua-dua wanita itu dilihat berada di satu sudut kedai tersebut dan berdiri di hadapan sebuah rak. Wanita bertudung hitam dilihat membongkokkan badannya dan dipercayai sedang membuang air kecil di premis berkenaan.

Setelah itu, mereka dilihat meninggalkan premis tersebut dengan tanpa rasa bersalah dan turut kelihatan di dalam CCTV adalah dua orang individu yang melihat kejadian itu.

Bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati video asal telah dipadam.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×