berita

Wanita Ditemui Separuh Bogel Dengan Kepala Dicukur, Didakwa 12 Tahun Dikurung Suami

August 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Suami Culik Isteri

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kepalanya dicukur telah mendakwa dirinya dikurung oleh suami sejak 12 tahun lalu di dalam rumah mereka.

Artikel Berkaitan: Isteri Maut Ditikam Sebanyak 50 Kali..Sempat Rekod Tindakan Kejam Suami

Artikel Berkaitan: Selisih Faham Punca Suami Bakar Isteri Guna Petrol

Suami ditahan polis

Suami Dera Isteri

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Daily Star, wanita bernama Alicia W itu ditemui di dalam bilik tidur rumahnya di bandar Forbach, Perancis pada 7 Ogos lalu.

Wanita berusia 53 tahun itu mendakwa pasangannya, Thorsten S telah menculik dan mengurungnya di rumah sejak tahun 2011.

Alicia akhirnya berjaya menyelamatkan diri setelah dia mendapatkan sebuah telefon bimbit lalu menghubungi pihak polis.

Menurut penyiasat, wanita itu mengalami banyak kecederaan dan kelihatan seperti kekurangan zat.

Susulan itu, lelaki berusia 55 tahun tersebut telah ditangkap pada Isnin kerana didakwa melakukan penculikan dan penderaan walaupun dia menafikan perkara tersebut.

Suami dakwa isteri sakit

Suami Kurung Isteri

Gambar sekadar hiasan

Bagaimanapun, dakwaan Alicia juga dipersoalkan selepas suaminya menyatakan bahawa wanita itu menghidap kanser dan dia mahu menjaganya.

Dalam pada itu, pendakwa raya berkata hasil pemeriksaan awal juga menunjukkan tiada sebarang tulang yang patah atau kesan lebam dan mangsa tidak mengalami dehidrasi yang ketara.

Menurut jiran terdekat, mereka pernah terdengar wanita itu menjerit namun Thorsten menjelaskan itu adalah kerana Alicia sedang dalam kesakitan akibat kanser.

Terdahulu, berdasarkan laporan pada tahun 2019, seorang jiran pernah membuat panggilan kepada pihak polis kerana mendengar jeritan wanita tersebut. Namun setelah disiasat pasangan itu berkata semuanya baik-baik sahaja.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×