berita

Wanita Hamil 4 Bulan Dibakar Hidup-Hidup Oleh Suami ‘Setan’

November 3rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Sao Paulo, Brazil, seorang suami bertindak membakar isterinya yang sedang hamil bersama seorang lagi lelaki yang diikat bersama di dalam sebuah kereta. Mangsa yang dikenali sebagai Ellen Priscila Ferreira, 24 tahun, dan Ely Carlos Dos Santos, 39 tahun telah dibakar hidup-hidup.

Dibakar hidup-hidup

Foto:  Mirror UK

Memetik laporan  Mirror UK, mereka berdua ini diikat di dalam sebuah kereta terlebih dahulu sebelum suaminya bertindak menuangkan petrol dan menyalakan api bagi membakar mereka berdua. Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang duduk bersama di dalam sebuah kereta sebelum diserang oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali termasuk suaminya sendiri.

Menurut pihak polis, ini merupakan jenayah yang dirancang dan tindakan suspek ketika itu sangat kejam. Mayat mangsa ditemui hangus di kawasan luar bandar Sao Paulo, Brazil pada Sabtu, 17 Oktober yang lalu. Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati kesemua suspek positif dadah.

Suspek telah ditahan

Gambar sekadar hiasan

Empat suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita telah ditangkap bagi membantu siasatan pihak polis. Dua daripada suspek telah mengaku telah membakar mangsa manakala lagi dua suspek menafikan pertuduhan tersebut.

Pihak polis turut mempunyai tiga kemungkinan motif kejadian bunuh tersebut, sama ada balas dendam, jenayah, atau hutang dadah. Menurut sumber, kemungkinan Ellen dan Ely berhutang dengan pengedar dadah yang menyebabkan mereka maut dibakar secara hidup-hidup. Suspek utama bagi kes ini adalah lelaki berusia 38 tahun yang merupakan bapa kepada bayi Ellen.

Kini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Sumber : Mirror UK 

SKIP THIS AD ×