berita

Wanita Izin Suami Kahwin Lain, Siap Tolong Uruskan Persiapan Nikah Lagi! – ‘Semoga Syurga Untuk Dia…’

March 30th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa sangka ‘rezeki’ seorang lelaki di Indonesia selepas isterinya membenarkan dia untuk berkahwin dengan wanita lain.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila si isteri menjadi ‘watak utama’ dalam menguruskan majlis pernikahan suaminya dan video tersebut telah tular di media sosial serta memperoleh 10.2 juta tontonan di platfom TikTok.

Artikel Berkaitan: Isteri Cekal Teman Suami Kahwin Lain, Siap ‘Request’ Suruh Pakai Baju Sama Warna – ‘Doakan Saya Diberi Kekuatan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

Isteri ‘tolong’ suami nikah

Menerusi video pendek dikongsi, wanita ini menceritakan suaminya telah meminta izin untuk berkahwin lain. Jawapan yang diberikan lain daripada kebiasaan, dan wanita ini turut menemani suami tersayang berjumpa sendiri dengan madunya.

Hantar jumpa calonnya.

Bukan itu sahaja, wanita cekal ini dilihat tenang membantu suaminya ketika menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum majlis akad nikah berlangsung.  Selain daripada itu, wanita ini turut mempersiapkan dulang hantaran dan mereka (isteri pertama dan isteri kedua) dilihat begitu akrab semasa sesi bergambar berlangsung.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan pengorbanan wanita cekal ini yang sanggup berkorban demi kebahagiaan suami tersayang.

Kalau saya tak reda, izinkan suami kahwin lain.

Wanita kuat luar biasa, syurga jaminannya kalau dia betul-betul ikhlas.

Luar biasa.

Video penuh:

Sumber: Merdeka.com

SKIP THIS AD ×