berita

Wanita Kejam Pukul Kucing Dengan Besi Sehingga Mati Direman 4 Hari

December 31st, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Terdahulu, seorang wanita tergamak memukul dua ekor kucing hanya kerana haiwan itu membuang najis di hadapan rumahnya. Lebih menyedihkan apabila salah seekor kucing yang bunting itu telah dipukul hingga mati. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berak Depan Rumah, Wanita Pukul Kucing Bunting Guna Besi Sampai Mati

Kejadian itu berlaku di Pintas Kalui, Seberang Jaya kelmarin direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Direman 4 hari

Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan yang dipetik dari Harian Metro, Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin mengeluarkan perintah reman terhadap suspek. Suspek juga dibenarkan oleh Hakim direman selama empat hari hingga Ahad ini bagi membolehkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melakukan siasatan.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret, jam 10 pagi tadi oleh pihak polis. Kejadian itu berlaku pada jam 1.20 tengah hari kelmarin dan didapati wanita itu bekerja sebagai broker. Wanita yang juga berusia 51 tahun itu dikatakan berang terhadap dua kucing berkenaan yang membuang najis di hadapan rumahnya.

Selepas kejadian itu dilaporkan kepada pihak JPV, Pegawai Penyiasat JPV, Azhar Ahmad berkata, siasatan awal pihaknya mendapati dua kucing itu tidak bertuan dan berkeliaran di kawasan rumah suspek.

Semalam pihak JPV pergi semula ke rumah suspek selepas soal siasat dijalankan serta membuat rampasan pakaian serta besi yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Pihak JPV juga sudah mengambil bangkai kucing yang mati dan dihantar ke makmal veterinar untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro.

SKIP THIS AD ×