berita

Wanita Maut Dipukul Teman Lelaki Disyaki Guna Kayu Penyapu

June 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita disahkan maut selepas dipukul dengan menggunakan kayu penyapu oleh teman lelakinya sendiri.

Artikel Berkaitan: ‘Dikurung’ Selama 37 Hari, Wanita Dedah Dirogol & Dipukul Dengan Besi Panas

Teman lelaki positif dadah

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 24 tahun itu dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya sebelum dipukul suspek di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon, Ipoh.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, pihak polis terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.

Siasatan di tempat kejadian mendapati, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring seperti tidur di atas katil dengan beralaskan bantal.

Pemeriksaan yang dijalankan kakitangan kesihatan bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Polis kemudiannya menahan suspek yang berusia 23 tahun yang mengaku telah memukul mangsa.

Turut ditahan ibu suspek bersama anak saudara serta pekerjanya berusia 29 hingga 65 tahun yang berada di tempat kejadian.

Polis telah merampas empat telefon bimbit dan batang penyapu disyaki senjata yang digunakan suspek.

Dalam pada itu, Yahaya memaklumkan bahawa hasil siasatan mendapati mangsa positif dadah jenis methamphetamine.

Punca pergaduhan masih dalam siasatan, namun suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan merupakan anak pasangan kekasih terbabit telah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kini, keempat-keempat suspek sudah pun ditahan reman dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×