Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas makan apam balik yang diberikan oleh individu yang tidak dikenali.
Artikel Berkaitan: Dermatologis Kantoi Masukkan Racun Dalam Minuman Suami, Dakwa Mahu Bunuh Semut
Artikel Berkaitan: Warga Emas Maut, Suami Masuk ICU Lepas Makan Ikan Buntal Goreng
Mulut berbuih
Gambar sekadar hiasan
Kejadian yang berlaku di Desa Ngimbangan, Kecamatan Mojosari, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur di Indonesia itu menyaksikan seorang wanita maut selepas makan apam balik yang dibawa oleh seorang tetamu lelaki.
Pada awalnya, mangsa dikunjungi seorang tetamu lelaki yang tidak dikenali dan memberi apam balik kepadanya lalu mangsa memakannya. Namun wanita itu memulangkan semula apam balik itu kerana rasanya yang pahit.
Mangsa kemudian memberitahu saksi tentang makanan tersebut dan tiba-tiba dia mengadu sakit kepala, sakit tekak, lemah dan muntah-muntah. Susulan itu, saksi segera membawa mangsa ke hospital.
Walau bagaimanapun, mangsa yang berusia 26 tahun itu telah disahkan meninggal dunia dengan keadaan mulutnya berbuih dan hasil siasatan awal mendapati mangsa diracun serta terdapat kerosakan pada organ dalaman. Mayat mangsa juga akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan bahawa terdapat bukti-bukti awal tentang kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan untuk mencari suspek.