berita

Wanita Meninggal Dunia Selepas Pembedahan Pembesaran Payudara, Hanya Bertahan Selama 6 Jam

March 31st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang wanita meninggal dunia menjalani pembedahan bagi tujuan pembesaran payudara di sebuah klinik di wilayah Nonthaburi, Bangkok, Thailand.

Artikel Berkaitan: ‘Buah Dada Bengkak, Sakit & Boleh Ragut Nyawa’ – Wanita Rugi Lebih RM23k, Payudara ‘Beralih’ Lokasi Selepas Pembedahan

Hanya bertahan 6 jam

Menerusi laporan The Thaiger, pihak polis telah melakukan siasatan ke atas klinik berkenaan. Pembedahan untuk pembesaran payudara merupakan pembedahan yang besar. Namun begitu, klinik tersebut hanya mempunyai lesen untuk pembedahan kecil.

Difahamkan, mangsa, 37, menjalani pembedahan pada pukul 11:00 malam dan mengadu mengalami sakit belakang.

Kakak kepada mangsa mendapati adiknya tidak sedar diri pada pukul 4:00 pagi dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Susulan daripada itu, keluarga mangsa menuntut pampasan sebanyak 10 juta baht (RM1.29 juta) daripada klinik tersebut atas kematian mangsa.

Menurut pembedahan siasatan awal, terdapat pendarahan di payudara mangsa yang menjadi punca kematian. Walau bagaimanapun, ianya tidak dapat dinyatakan jika benar berpunca daripada pembedahan tersebut.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×