Di Pak Kret, Nonthaburi, Thailand, seorang wanita nyaris termakan mata kail dalam menu masakan ikan keli yang dipesannya.
Artikel Berkaitan:Wanita Maut Selepas Minum 4 Botol Air Dalam Masa 20 Minit
Hampir termakan mata kail
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Thaiger, seorang wanita yang dikenali sebagai Jun memesan beberapa makanan termasuk ikan keli goreng, nasi putih dan nasi berlauk kambing dari restoran yang terletak di daerah Pak Kret, wilayah Nonthaburi pada 27 Julai lalu.
Tambahnya, ketika dia dan rakannya sedang menikmati makanan tengah hari itu, Jun, menemui mata kail beserta tali pancing dalam potongan isi ikan tersebut.
Lantas, Jun, 31, menghubungi pihak restoran itu namun kakitangannya menegaskan bahawa mereka telah membersihkan ikan tersebut dengan teliti.
Masakan ikan keli ini adalah menu kegemaran saya, namun apabila saya menemui mata kail ini, ia sekali gus mencetuskan persoalan bagaimana restoran ini mengabaikan piawaian keselamatan dan kebersihan masakan mereka.
Katanya, pihak restoran menawarkan menu sama sebagai ganti rugi. Namun, dia memilih untuk menerima bayaran balik sebanyak 120 baht (RM15.70).
Sehubungan itu, Jun meminta agar seluruh pihak restoran untuk berhati-hati ketika menghidangkan makanan supaya kejadian sama tidak berulang kembali.
Sumber: Thaiger