berita

Wanita Pertahan Status Pakaian Suami Kena Basuh Asing, Dakwa Ramai Tak Tahu Ilmu Tasawuf

June 23rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kecoh di media sosial apabila seorang wanita mempersoalkan tindakan para isteri yang mencampurkan pakaian suami dan anak-anak ketika hendak membasuh baju. Menurut wanita berkenaan, para isteri perlu mempunyai adab untuk memuliakan suami disamping menyatakan hukum menyucikan pakaian suami.

Terbaru, menerusi Facebook Nur Habibi Qalbi, dia memberi pandangan terhadap orang ramai yang menghentam status wanita berkenaan. Baginya, setiap perkara yang dilakukan oleh isteri perlu mempunyai adab dan menyanjung tinggi darjat seorang suami.

Banyak komen tunjuk pandai

Banyak yang komen kat post akak tu menunjukkan kejahilan diri. Siap ada yang menganjing.

Cuba kau masuk pondok kak. Kami kat pondok, pakai beg galas pun dilarang. Kenapa? Sebab beg galas di letak di belakang, jadi bila letak kitab dalam beg galas, ibarat tiada adab pada ilmu. Sebab kitab tu kau letak di belakang.

Itu baru pasal beg kak. Takkan kau nak cakap kat Syeikh “Ada hadith tak pasal beg ni? Bukan zaman nabi takde beg ke?”.

Menurutnya, perkongsian wanita sebelum ini di salah faham oleh sesetengah masyarakat. Dia menegaskan bahawa para isteri perlu memartabatkan suami dari sudut ilmu tasawuf atau dalam bahasa mudah ialah adab. Selain itu, dia turut memberi contoh bagaimana pelajar-pelajar di pondok dilarang untuk menggalas beg kerana ianya seolah-olah tidak beradab pada ilmu.

Sediakan cabuk untuk suaminya pukul

Pernah dengar pasal Sayyidah Mutiah? Adab beliau terhadap suami terlalu tinggi. Sampai suami nak makan, dia sediakan cambuk untuk suaminya pukul dia kalau masakannya tak sedap. Kita ni siap suami pulak terpaksa cakap sedap sebab takut kita merajuk.

Kak Long rasa kalau Sayyidatina Mutiah hidup di zaman kita ni. Habis kena nganjing dengan orang saja. Semua benda sibuk nak bahas. Takpernah dengar bukan bermakna ilmu tu tak ada.

Tambahnya lagi, banyak lagi adab-adab yang masih belum dipraktikkan oleh masyarakat. Jadi, masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya menghentam status yang dikongsikan oleh wanita sebelum ini. Selain itu, dia turut menceritakan kisah Sayyidah Mutiah yang memartabatkan suaminya sehingga sanggup untuk dipukul jika masakannya tidak sedap.

Sumber: Nur Habibi Qalbi

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×