Tahun lalu, seorang wanita berasal dari Oxfordshire, United Kingdom (UK) yang dikenali sebagai Brocarde pernah mengejutkan dunia apabila mengumumkan telah bernikah dengan roh seorang tentera Victoria.
Artikel Berkaitan: Muka Nampak ‘Alim’ & Suka Duduk Rumah Tolong Isteri..Sekali Kantoi Suami Langgan Ramai Pelacur
Artikel Berkaitan: Wanita Nak Buang Sihir Berdepan Detik Hitam, Disuruh Masuk Dalam Bilik Sebelum Badan & Kemaluan Digomol Bomoh
Diganggu
Terbaharu, memetik Daily Mail, wanita berkenaan dikatakan sudah bercerai dengan ‘hantu’ tersebut disebabkan tidak tahan menerima gangguan mistik yang berpanjangan.
Menurut Brocarde, keputusan untuk berpisah diambil selepas roh tentera yang dikenali sebagai Edwardo telah bertindak agresif terhadapnya. Dikatakan proses perceraian dilakukan di gereja tempat pasangan itu disatukan sebagai ‘suami isteri’.
Saya membuat kesimpulan bahawa satu-satunya cara untuk menyingkirkan Edwardo (roh tentera Victoria) adalah dengan mengusirnya atau berpisah.
Saya memulakan proses yang mengerikan di gereja tempat kami berkahwin.
Selepas berjam-jam dia akhirnya dikeluarkan dari sistem badan saya, kemudian saya berasa ringan dan bebas. Malah teruja untuk dibebaskan daripada semangatnya yang bermasalah.
Mengimbas kembali detik perkenalan, Brocarde berkata roh berkenaan telah datang dalam bilik tidurnya pada suatu malam. Bermula saat itu mereka saling berkenalan dan mencurah isi hati masing-masing.
Malah, menurut Brocarde dia pernah mendapatkan khidmat nasihat daripada beberapa pihak untuk mengawal masalah rumah tangganya.
Dalam pada itu, wanita berusia 40 tahun itu berkata, dia kini menjalani kehidupan yang lebih tenang dan tidak lagi berdepan dengan gangguan mistik selepas bercerai.
Sekarang saya tidak merasakan lagi kewujudan dia, hidup terasa lebih ringan dan ceria.
Saya tidak mahu lagi dihantui oleh Edwardo, kehadirannya tidak dialu-alukan dalam hidup saya.
Sumber: Daily Mail