Selepas genap tujuh hari selamat melahirkan bayi perempuan, penyanyi Wany Hasrita akhirnya mengumumkan nama puteri sulungnya iaitu Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi.
Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Selamat Melahirkan Puteri Sulung
Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Tak Jadi Bersalin Di Sarawak, Suami Dapat Cuti Sebulan
Nama puteri sulung
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, menerusi kemas kini di Instagram miliknya pada Sabtu.
Jelas Wany, dia juga telah mencukur rambut anaknya itu meskipun merasa sedikit sebak.
Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap tujuh hari dah.
Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, tu pun ibu tengok ibu dah sebak. Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur tu, padahal tumbuh je balik nanti.
Menerusi perkongsian tersebut, Wany turut memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan suaminya, Al-Adib Fahmi sedang mendukung bayi mereka sambil ditemani penyanyi itu disisinya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Menahan Rindu itu meminta orang ramai mendoakan bayinya agar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Uncle dan aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya.
Sebab kami tak buat majlis, kita throwback gambar masa ibu (Wany) nak discharge hospital hari tu, muka ada senyum tapi dalam hati sedih Aishah kena tinggal dengan jururawat satu malam sebab kuning.
Terdahulu, pada 9 Julai lalu, Wany selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 7.14 malam.
Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Al-Adib Fahmi pada 22 Julai di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.
Sumber: Instagram