berita

‘Warna Warni’ Aina Abdul & Daniesh Suffian Serikan Tonton Cinema

July 2nd, 2021 | by Wan
Video Popular

Naib juara Anugerah Juara Lagu 35, Aina Abdul dan penyanyi baru, Daniesh Suffian tampil dengan lagu baru ‘Warna Warni’, hasil usahasama antara Monkey Bone Records dan platform penstriman filem, tonton CINEMA.

Warna Warni Ainda & Daniesh

Lagu ‘Warna Warni’ yang mula diperdengarkan kepada peminat menerusi Youtube pada 18 Jun lalu merupakan hasil ciptaan tiga komposer dan penulis lirik terkenal yang berpengalaman iaitu Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh. Selain bergenre pop dan membawa tema cinta, lirik lagu ‘Warna-Warni’ yang catchy dan menarik membuatkan ianya sedar didengar.

Lagu ini dijangka menerima sambutan hebat daripada pendengar muzik tanah air kerana didendangkan oleh dua penyanyi yang masing-masing mempunyai ribuan peminat terutamanya sokongan daripada pengikut Instagram Aina Abdul yang mencapai lebih 370 ribu pengikut. Begitu juga dengan Daniesh Suffian yang saban hari bertambah pengikut sehingga mencecah lebih 90 ribu pengikut. Lebih menarik, lagu ini diangkat menjadi lagu rasmi tonton Cinema.

Mula diperkenalkan 14 Mac lalu, tonton CINEMA mengumpulkan ratusan filem tempatan terbaik di bawah satu platform. Model pay-per-view (PPV) tonton CINEMA memberikan penonton kebebasan untuk memilih sebelum membuat pembayaran bagi menonton filem kegemaran.

Tonton CINEMA boleh ditonton menerusi laman sesawang https://cinema.tonton.com.my dan aplikasi tonton yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.

SKIP THIS AD ×