berita

‘Watak Lelaki Songsang Lebih Dekat Dengan Diri Saya’ – Nabil Aqil

August 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Nabil Aqil dikecam netizen gara-gara berkongsi hasrat membawa watak lelaki bernafsu songsang dalam drama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Aqil Idam Watak ‘Gay’, Yakin Boleh Jayakan Dengan Baik -‘Sekeliling Saya Ramai’

Mahu bawa watak songsang

Menerusi laporan Berita Harian, Nabil memberitahu dia mahu mencabar membawa watak lelaki bernafsu songsang dalam drama. Namun, hasrat tersebut dikecam netizen yang tidak senang dengan watak dambaannya itu. Ujar Nabil, dia tidak mempunyai niat tersembunyi untuk melakonkan watak tersebut.

Tambah Nabil atau nama sebenar, Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin dia yakin watak itu mampu menghadiahkan anugerah buatnya.

Tujuan saya hendak berlakon watak ‘gay’ adalah kerana mahu kejar anugerah. Saya mahu orang nampak potensi dan kebolehan saya membawa watak berat. Memang ada watak lain yang lebih mencabar. Tetapi, saya fikir, watak lelaki songsang lebih dekat dengan diri saya.

Saya dikelilingi mereka dalam kalangan kelompok itu. Selain itu, saya ingin ambil inspirasi daripada kejayaan watak lakonan Gambit Saifullah dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa. Melalui watak itu, Gambit membawa pulang trofi kategori Pelakon Antagonis Terbaik pada Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023, baru-baru ini.

Jelas Nabil lagi, kesediaannya memegang watak itu adalah strategi untuknya memancing tawaran syarikat produksi luar negara.

Ini adalah senjata saya untuk mendapat peluang berlakon di bawah syarikat produksi luar negara kerana mereka lebih terbuka. Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum terima tawaran yang memerlukan saya bawa watak seumpama itu.

Setakat buka baju bolehlah. Tidaklah sampai beraksi separuh bogel. Saya tidak kisah kalau watak itu perlukan kami berpegangan tangan dan berpandangan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×