Isteri kepada penyampai radio dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah rajin melayan pertanyaan warganet di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: ‘Kami Kenal Masa Shuib Jadi Duda, Tanggung La Sapa Fitnah’ – Watie Hanifiah
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah
Pakaikan stokin
Terbaru, Watie ditanya pernah tak timbul rasa serba kekurangan sepanjang bergelar isteri jika dibandingkan dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Pernah tak terasa diri banyak kekurangan sebagai isteri berbanding arwah?
Jawab Watie, 35, tidak pernah langsung wujud perasaan itu dan dia memilih untuk fokus dengan tanggungjawab sebagai isteri.
Alhamdulillah tak pernah. Saya buat semua apa yang saya patut sebagai isteri.
Dalam pada itu, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah turut mendedahkan dia meneruskan amalan arwah Siti Sarah iaitu dengan memakaikan stokin kepada Shuib sebelum keluar bekerja.
Amalkan juga apa yang arwah selalu buat untuk suami. Contoh, pakaikan stoking suami setiap kali dia nak pergi kerja walaupun jam 5.30 pagi.
Terdahulu, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, pada 23 Jun lalu.
Sebelum itu, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun arwah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Sumber: Instagram