berita

Wujudkah Manipulasi Suplemen? Ini Kupasan Ringkas Topik Suplemen Di TV Alhijrah Malam Tadi

March 2nd, 2019 | by Ai
Isu & Kontroversi

manipulasi suplemen

Topik manipulasi suplemen menjadi pilihan untuk dibincangkan menerusi rancangan Analisis di TV Alhijrah malam tadi. Doktor, ahli perubatan serta pendakwah telah mengemukakan pendapat masing-masing mengenai wujudkah manipulasi suplemen di negara ini.

Di Facebook, PW Community telah berkongsikan kupasan ringkas sesi perbincangan selama satu jam itu.

Adakah suplemen diperlukan?

manipulasi suplemen

1. Produk suplemen bukan ubat, hanya bahan tambahan makanan. Maka ada cara lain untuk dapatkan zat yang mencukupi iaitu pemakanan yang seimbang.

2. Bagi individu yang sihat, tidak perlu apa-apa suplemen. Mengambil suplemen hanya menghasilkan expensive urine. Suplemen hanya perlu diambil jika ada indikasi.

3.  Carefull fat soluble vitamins (A, D, E, K) kerana pengambilan berlebihan menyebabkan pengumpulan di hati dan adipose tissue. Pengambilan berlebihan dalam jangka panjang boleh menyebabkan liver toxicity.

Adakah air yang telah diruqyah berkesan?

manipulasi suplemen

4. Penjual suplemen khususnya penyamun MLM bukannya nak bantu kita sihat, tetapi hanya untuk jadikan lubuk duit.

5. Ustaz Abdullah tidak nafi keberkesanan air yang telah diruqyah, tetapi menjual air yang dibaca ayat-ayat Al Quran secara commercial adakah tindakan yang menunggang agama.

6. Pemakanan Sunnah tidak bertumpu kepada habbatussauda, madu dan kurma sahaja. Apa saja makanan yang sihat dan menepati kaedah kajian saintifik yang tidak bercanggah dalam islam, itulah makanan Sunnah.

Suntikan vitamin C menyalahi Akta Perubatan

manipulasi suplemen

7. Suntikan vitamin C adalah menyalahi Akta Perubatan kerana bla melibatkan suntikan mestilah dilakukan oleh ahli perubatan bertauliah.

8. Weight loss product kebanyakannya mengandungi synephrine yang boleh memberi komplikasi kepada cadiovascular system. Synephrine telah diharamkan di beberapa negara.

9. Sebaiknya dapatkan sumber vitamin C dari buah-buah segar seperti orange, jambu batu dan apple kerana kita juga akan perolehi dietary fibres untuk mengatasai masalah constipation. Vitamin C ialah water soluble, jika diambil berlebihan ianya akan dikumuhkan di kidney. Untuk mencapai optimal concentration of vitamin C in blood plasma hanya perlu mengambil 100 mg per day melalui diet (atau suplemen).

Doktor dilarang promosi suplemen

manipulasi suplemen

10. Doktor-doktor yang bertauliah dan berdaftar dengan MMC dilarang sama sekali mempromosi atau menjual suplemen. Guna gelaran doktor untuk promote suplemen boleh lonjakkan jualan, tetaipi ianya adalah tindakan yang tidak beretika dan melanggar akta. Doktor yang menjual suplemen boleh dilaporkan kepada MMC.

11. Terima kasih Puan Finaz atas usaha menyediakan program Analisis untuk memberi pencerahan kepada awam. Terima kasih juga kepada Dr. Rafidah, Tn Dziehan dan Ustaz Abdullah atas perkongsian pandangan dan pengetahuan. Semoga program ini memberi banyak manfaat demi kepentingan awam.

Sumber: PW Community

SKIP THIS AD ×