berita

‘Ya Allah Mulut Jahatnya!’ – Zarina Zainuddin Bidas Komen Pedas Netizen Isu Cerai Fyna Jebat

May 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh diperkatakan warganet berhubung perceraian antara penyanyi Fyna Jebat dan bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Difahamkan pasangan itu sudah bercerai dua minggu yang lalu.

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Tak Mahu Masuk Campur Hal Rumah Tangga Fyna – ‘Tanya Tuan Punya Badan’

Artikel Berkaitan: Zainal Abidin & Fyna Jebat Sudah Dua Minggu Bercerai, Punca Kedua Isteri Tiada Persefahaman

Artikel Berkaitan: ‘Ayah Sudah Ceraikan Fyna Jebat’ – Anak Zainal Abidin

Komen pedas netizen

Isu rumah tangga antara Fyna dan Zainal Abidin sering kali mendapat perhatian warganet terutama apabila penyanyi berusia 30 tahun itu dilabel sebagai ‘penyondol’ setelah dia bergelar isteri kedua.

Menerusi tinjauan di ruangan komen Intsagram (IG) OhBulan! terdapat kritikan-kritikan yang negatif yang dilemparkan kepada pasangan tersebut.

Dah kikis habis kot, jadi tunggu apa lagi lari cari mamat IT bodoh pulak. Mamat-mamat IT memang suka jadi pak sanggup dukung biawak-biawak hidup yang materialistik ini.

Susulan itu, pelakon Zarina Zainuddin dilihat turut membalas kembali komen individu tersebut yang disifatkan melampaui batas.

Ya Allah, mulut jahatnya!

Terdahulu, difahamkan saudara terdekat Zainal telah mengesahkan bahawa pasangan itu sudah bercerai dan punca penceraian adalah kerana tiada persefahaman antara Fyna dengan madunya, Datin Zalina Zaini.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×