berita

Ya, Saya Pakai Baju Tanpa Lengan – Shila Amzah Sindir Siapa?

April 23rd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Press-Conference-Shila-Amzah-Love-In-Concert-25-630x420

Sebelum ini Shila Amzah pernah dikritik mengenai fesyennya yang dikatakan agak keterlaluan dan tidak menutup aurat memandangkan gadis ini sudah pun berhijab.

Terbaru, Shila dikecam peminat gara-gara memakai dress pendek paras peha sambil bertudung walaupun hakikatnya penyanyi tersebut memakai legging berwarna kulit.

Walaupun sudah memberi penjelasan berkenaan isu itu, semalam, Shila telah memuat naik sekeping foto menunjukkan dirinya memakai inner berwarna kulit yang kelihatan seperti tiada lengan dengan caption seolah-olah menyindir seseorang.

Shila Amzah Sindir

Tindakan Shila itu mendapat sokongan dari beberapa peminatnya yang beranggapan bahawa pemakaian Shila tidak salah kerana ia tetap menutup aurat walaupun memakai inner berwarna kulit.

Gambar-Shila-Amzah-copy

Inilah dia fesyen Shila Amzah yang pernah menjadi perbualan hangat beberapa minggu lalu

Kalau anda masih ingat, pada Isnin lalu OHBULAN! ada menyiarkan respon daripada bapa Shila iaitu ND Lala yang telah menjawab mengenai kontroversi gaya pemakaian anaknya sewaktu di China beberapa minggu lepas.

Artikel Berkaitan: ND Lala Rela Dipersalahkan Atas Pemakaian Shila, Mohon Tidak Label Anaknya Sebagai Ikon Muslimah

Sebagai bapa, ND Lala mengambil tanggungjawab penuh di atas kesilapan tersebut dan berharap orang ramai tidak menyalahkan anaknya itu.

Apapun, bagi kami tak salah jika Shila ingin berfesyen, tapi biarlah bersesuaian dengan imej yang dibawa. Lagipun dah namanya selebriti, apa yang dibuat pasti mendapat perhatian.

SKIP THIS AD ×