Penyanyi Yasin Sulaiman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi, Shah Alam pada pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: Abang Sebak Lihat Keadaan Fizikal Yasin – ‘Saya Peluk Tinggal Tulang’
Artikel Berkaitan: Yasin Sulaiman Lega Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati – ‘Saya Bersyukur Dengan Keputusan Ini’
Hari gelap dan suram
Memetik laporan BH Online, Yasin berkata, hari ini merupakan hari yang gelap dan suram buat dirinya.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan hukuman Mahkamah Sesyen Petaling Jaya apabila menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas Yasin;.
Keputusan tersebut ternyata mengundang kejutan dan tangisan ahli keluarga penyanyi ‘Mimpi Laila’ itu. Yassin juga dilaporkan berada dalam keadaan terkejut dan berpendapat keputusan itu adalah sesuatu yang pelik.
Hari yang gelap dan keputusan yang sangat pelik. Apa yang saya tidak boleh terima kenapa saksi pakar tidak langsung diambil keterangan dan tidak dipakai (Mahkamah Tinggi).
Itu sesuatu yang sangat pelik.
Terdahulu, Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan kepada penyanyi itu yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah termasuk menanam 17 pokok ganja.
Yasin dikatakan akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat menerusi peguamnya di Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin mengesahkan pihaknya akan menfailkan rayuan ke atas keputusan mengejutkan itu esok.
Beliau menegaskan, pasukan pembelaan percaya Yasin tetap tidak bersalah dan perlu menjalani rawatan diterimanya sekarang di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Keputusan hari ini, kita akur dan hormat… Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan di Hakim Mahkamah Sesyen. Kita ada satu lagi lapisan di Mahkamah Rayuan dan kita akan lawan di peringkat ini.
Ariff Azami turut berharap rawatan dan perubatan dijalani anak guamnya itu dapat diteruskan di Penjara Kajang nanti.
Sumber: BH Online