berita

‘You So Fake On Camera’ – Sahut Cabaran Punya Hal, Aleesya ‘Kantoikan’ Rutin Harian Erra Fazira

June 23rd, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Sejak kebelakangan ini, pelakon cantik Erra Fazira sering memuat naik video bersama anak perempuannya iaitu Engku Aleesya di laman Instagram. Video yang dimuat naik itu memaparkan keakraban dan kemesraan dua beranak ini.

Artikel berkaitan: ‘Boleh Nampak Aleesya Gembira Dengan Mak Dia’ – Video TikTok Erra Fazira & Engku Aleesya Tarik Perhatian

Artikel berkaitan: ‘Seusia Mudamu, Pelbagai Kenangan Yang Dikau Lalui’ – Erra Fazira

Terbaharu, Erra Fazira menyahut cabaran yang trending di laman TikTok iaitu #dayinmylifechallenge dan menceritakan segala rutin hariannya di hadapan Engku Aleesya. Sekali, pecah rahsia Erra Fazira.

#dayinmylifechallenge

Menerusi video pendek berdurasi 2:05 minit yang dimuat naik di Instagram rasmi Erra Fazira itu menyaksikan gelagat comel dua beranak ini. Untuk memenuhi kateria cabaran #dayinmylifechallenge ini, Erra Fazira menceritakan rutin harian yang dilakukannya setiap hari di hadapan Engku Aleesya sehingga membuatkan anaknya itu ketawa besar.

Saya bangun pukul 6 pagi. Kita solat Subuh dulu, lepas solat Subuh saya akan pergi ke pasar untuk beli barang sarapan. Lepas tu terus siapkan sarapan sebab nak siapkan makanan untuk Aleesya. Dah buat sarapan, I pergi jogging.

Paling menghiburkan apabila Engku Aleesya cuba untuk tahan ketawa mendengar cerita dari ibunya. Malah, dia turut menafikan rutin harian yang dikongsikan Erra Fazira itu.

Don’t do that Mom. You wake up Subuh then you sleep like 10 more minutes then go back to sleep. At 10 am, you wake up, you shower then go downstairs, you wait for me to finish class. Don’t do that mom, you so fake on camera.

Reaksi anak bila Mummy poyo

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

You so fake on camera

Sumber: Erra Fazira

SKIP THIS AD ×