berita

‘You’re An Angel’ – Ambil Anak Angkat Buat Kali Ke-2, Netizen Puji Tindakan Murni Aliff Syukri

November 28th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Bagi yang mengikuti Datuk Seri Aliff Syukri, mesti tahu akan anak angkatnya, Amina yang baru sahaja berusia beberapa bulan. Walaupun baru sahaja mengambil anak angkat, Aliff  sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk mengambil anak angkat ke-2.

Terbaru, jutawan kosmetik itu berkongsi detik indah menyambut kelahiran anak angkat keduanya, seorang bayi lelaki. Susulan perkongsiannya, ramai netizen hadir mengucapkan tahniah kepada Datuk Aliff dan isterinya. Rata-ratanya memuji pasangan itu atas kesediaan mereka menerima anak itu terus daripada pemberian ibunya.

Netizen puji

Terdahulu, Datuk Aliff berkata, sejak Amina, ramai yang ingin memberikan anak kepadanya tetapi ditolaknya secara baik. Kata Aliff, perancangan itu ada, tetapi bukan dalam waktu terdekat kerana terlalu sibuk dan Amina pun masih lagi kecil.

Walau bagaimanapun, hatinya terbuka untuk menerima bayi ini setelah mendengar kisah ibunya. Apa kisahnya tidak diketahui, tetapi Datuk Aliff wajar dihormati kerana sikapnya yang mulia.

Terbuka hati, terima anak angkat ke-2

Mulia Datuk Aliff ni. Tahniah kami ucapkan kepada Datuk kerana bergelar bapa sekali lagi. Moga baby baru dan Amina membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Kalau korang ada cadangan nama untuk bayi lelaki Datuk Aliff ni, bolehla cadang.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

SKIP THIS AD ×