berita

[TERBARU] Zahid Hamidi Ditahan SPRM, Akan Didakwa Esok

October 18th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi disahkan akan ditahan dan bakal didakwa esok.

Dakwaan salah guna kuasa

Menerusi laporan Berita Harian, SPRM mengesahkan Zahid Hamidi ditahan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan.

Penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Susulan itu, Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk pertuduhan.

Beberapa hari lalu, Zahid Hamidi memaklumkan beliau bersedia untuk disoal siasat oleh SPRM. Terdahulu, beliau menerima waran daripada SPRM supaya hadir ke agensi tersebut pada minggu ini.

Sumber:

SKIP THIS AD ×