berita

Zainal Abidin Lega Akhirnya Terima Bayaran Tertunggak Persembahan Sukan SEA 2017

November 6th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, timbulnya isu bayaran yang tidak dilunaskan pihak penganjur sukan SEA kepada artis yang membuat persembahan sempena upacara majlis penutupan KL2017. Antara yang menjadi mangsa keadaan ialah Datuk Zainal Abidin yang bengang dengan sikap pihak penganjur yang tidak menepati janji.

Artikel berkaitan: “Kami Juga Mahukan Kehidupan Baik” – Zainal Abidin Kecewa, Dakwa Belum Dibayar Pihak Penganjur Sukan Sea

Berhubung kes itu, Harian Metro baru-baru ini melaporkan penyanyi ‘Hijau’ itu sudah pun menerima bayaran tertunggak daripada syarikat pengurusan acara terlibat.

Lega menerima bayaran

Lega menerima bayaran, Datuk Zainal telah mengarahkan semua tindakan yang akan diambil terhadap syarikat Memories Entertainment digugurkan.

Terdahulu, ikon penyanyi itu telah mengarahkan syarikat guaman yang dilantik memfailkan saman terhadap syarikat terbabit bagi melunaskan bayaran baki tertunggak sebanyak RM14,000.

Dalam pada itu, peguamnya, Mathew Tomas Philip, berkata walaupun isu ini telah diselesaikan, namun Zainal bimbang jika adanya rakan-rakan artis lain yang masih lagi belum menerima bayaran susulan persembahan mereka dalam acara berkenaan.

Walaupun Zainal gembira kerana perkara itu diselesaikan, dia masih bimbang dan berharap semua artis lain yang terbabit dalam persembahan itu akan dibayar.

Ini bukan masalah wang tetapi adalah perkara prinsip untuk semua artis terbabit.

Terdahulu, pelakon, Adibah Noor dilihat berkongsi sentimen yang sama apabila beliau memuat naik status kecewa dengan cara pengendalian syarikat berkenaan di laman Twitter.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×