Penyanyi, Zali Rusli yang merupakan adik kepada penyanyi terkenal Haqiem Rusli menegaskan dirinya ingin dikenali biarpun bermula daripada bawah tanpa menumpang populariti abangnya.
Artikel Berkaitan: Peminat Nampak Baby Bump? Isteri Haqiem Rusly Respon Itu Baby Uncit
Artikel Berkaitan: Kecoh Isteri Hamil Anak Pertama, Haqiem Rusli Minta Doa Orang Ramai – ‘Saya Gurau-Gurau Je, Buat Masa Ni Belum Ada Lagi’
Cipta lagu bersama
Zali Rusli, 17, kini baru sahaja melancarkan lagu terbarunya berjudul Kamu Cantik Malam Ini, ciptaan dia dan Haqiem selepas single pertamanya kurang mendapat sambutan. Zali turut mengakui senang bekerjasama dengan abangnya tetapi mempunyai keinginan untuk membawakan lagu ciptaan orang lain sekiranya diberi peluang.
Buat masa sekarang saya selesa menyanyikan lagu ciptaan kami dan ia mendapat persetujuan dari syarikat rakaman. Namun, jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain, tetapi kali ini saya lebih yakin menyanyikan lagu ciptaan saya bersama Haqiem.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 17 tahun ini juga mengakui dia lebih suka jika umum tidak mengenali dirinya sebagai adik kepada Haqiem Rusli.
Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri.
Menerusi temu bual Harian Metro, dia tidak mahu mengikut jejak langkah rakan artis senior di syarikat rakaman berkenaan yang merakamkan semula lagu 90-an yang pernah popular. Ujarnya, dia mempunyai strategi yang tersendiri dalam mengatur kerjaya seninya.
Biar mereka buat dulu. Lagipun saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baharu yang boleh dipopularkan dan masih menepati selera pendengar, kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan?
Lagipun, jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu jiwang balada era 90-an, jadi saya rasa lagu ini bertepatan dengan konsep dan selera pendengar masa kini.
Sumber: Harian Metro