Sekadar gambar hiasan
Pengemis tidak lagi asing dilihat walau di mana sahaja kita berada. Namun, terdapat agensi yang menggunakan kanak-kanak untuk menagih simpati orang ramai dan sekaligus dapat mengaut untung lebih banyak.
Begitulah kisah seorang kanak-kanak lelaki yang tular gambarnya yang sedang meminta sedekah.
Artikel Berkaitan: Tengah Sedap Makan, Pengemis Tonyoh Kepala Sebab Tak Bagi Duit
Artikel Berkaitan: Lebih 13 Tahun Jadi Pengemis, Lelaki Ini Miliki Wang Simpanan Cecah RM149k
Artikel Berkaitan: Pasangan Suami Isteri Suruh 12 Anak Kutip Sedekah, Raih Pendapatan Lumayan Setiap Bulan Hampir RM9k
Guna ‘qr code’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Mena FN, seorang kanak-kanak di Filipina dilihat mengemis menggunakan kod QR yang tular di media sosial. Hal itu mendorong badan kerajaan untuk memberi amaran kerana menggunakan kanak-kanak sebagai ‘senjata’ mereka.
Difahamkan, kanak-kanak itu mengeluarkan kod QR apabila salah seorang daripada orang awam memberitahu bahawa mereka tidak memiliki duit tunai.
Ada sindiket di sebalik kegiatan ini. Sindiket mengangkut pengemis ini dengan van, menempatkan mereka di jalanan dan mengumpulkan mereka pada waktu malam.
Selain itu, ibu bapa kepada kanak-kanak yang dijadikan sebagai pengemis akan dikenakan denda dan penjara tidak lebih dua tahun jika terbukti bersalah.
Sumber: Mena FN