Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini telah mengambil tindakan saman fitnah terhadap seorang peguam yang juga aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim. Kenyataan ini dikeluarkan Firdaus menerusi laman Facebook miliknya.
Dia mengambil tindakan saman fitnah berjumlah RM2 juta itu kerana mendakwa kenyataan Siti Kasim di laman media sosial sebelum ini adalah berunsur fitnah.
Ini bukan saman cabar debat
Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian.. Ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. Insya Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.
Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2 juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.
Dia berkata bahawa sudah cukup untuk Siti Kasim bebas berkata dan melakukan apa sahaja tanpa ada tindakan undang-undang.
Lawan dengan ilmu dan undang-undang
Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga.
Selain itu, dia mendakwa bahawa zaman untuk berdiam diri telah berakhir dan sekarang harus bijak menyerang dengan ilmiah berserta tindakan undang-undang.
Sumber: Firdaus Wong Wai Hung