berita

[VIDEO] ‘Siapa Yang Buat Ni Memang Bodohlah’ – Polis Sahkan Objek Bawah Kereta Siti Kasim Bom Jenis IED

July 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim meluahkan rasa terkejut apabila mendapati terdapat objek berupa botol yang didakwanya sebagai bom diletakkan di tayar bahagian belakang kereta.

Artikel Berkaitan: ‘Zaman Kita Berdiam Diri Sudah Berakhir’ – Firdaus Wong Saman Fitnah Siti Kasim RM2 Juta

Hantar servis kereta

Menerusi satu sesi siaran langsung yang dibuatnya di Facebook, Siti Kasim menjelaskan bahawa dia akan ke Kelantan pada Ahad bagi menguruskan kes melibatkan Orang Asli.

Dia kemudiannya menghantar keretanya ke bengkel untuk melakukan pemeriksaan dan meninggalkan keretanya seketika untuk menikmati makan tengahari.

Tidak lama selepas itu, Siti mendakwa dia dihubungi pihak bengkel memaklumkan terdapat objek mencurigakan di bahagian tayar belakang keretanya.

Saya hantar kereta saya pada pagi Jumaat untuk lakukan pemeriksaan kerana saya ingin ke Kelantan menguruskan kes Orang Asli pada Ahad.

Selepas saya hantar kereta, saya pergi makan tengahari namun mereka (pihak bengkel) tiba-tiba menelefon saya memaklumkan terdapat objek mencurigakan diletakkan di kereta saya.

Jadi bila saya tengok gambar yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp saya begitu terkejut, terdapat objek diletakkan oleh seseorang yang menyerupai bom.

Susulan itu, wanita berusia 60 tahun tersebut menghubungi pihak polis dan memaklumkan mengenai ancaman bom kepada mereka.

Siti juga menyifatkan perbuatan khianat yang didakwa dilakukan kepadanya ini sebagai satu perbuatan yang tidak masuk akal.

Dia juga berharap agar si pelaku mendapat hukuman yang setimpal.

Saya sudah menghubungi pihak polis menerusi panggilan 999 dan memaklumkan bahawa ini adalah ancaman bom.

Ini memang tidak masuk akal, cubaan untuk melakukan sesuatu (membunuh), saya bukan siapa-siapa, saya hanya seorang aktivis.

Siapa yang buat ni memang bodohlah, Tuhan akan balas kau balik. Pihak polis akan tangkap anda, saya sangat pasti.

Sah memang bahan letupan

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan objek mencurigakan berupa dua botol plastik yang diletakkan di bawah kereta Siti Kasim adalah bahan letupan termampat (IED).

Memetik laporan Berita Harian, pengesahan itu dibuat sepasukan pegawai dari Unit Pemusnah Bom (UPB) yang menjalankan siasatan ke atas objek berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, ketika ini pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada bahan letupan IED itu masih aktif atau sebaliknya.

Bahan letupan ini akan dianalisis sebelum kesimpulan lebih terperinci dapat diberikan.

Kita juga belum mengambil keterangan lanjut daripada pemilik kenderaan (Siti Kasim).

Berdasarkan perbualan secara lisan, Siti Kasim memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang ancaman namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Live Siti Kassim

Sumber: Facebook, Berita Harian

SKIP THIS AD ×