berita

[VIDEO] ‘Dia Bukan Melakukan Sesuatu Yang Haram, Yang Menganjing Sempat Tak Minta Maaf Sebelum Meninggal?’ – Firdaus Wong

November 29th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Firdaus Wong Alif Teega

Pendakwah terkenal, Firdaus Wong menasihati orang ramai agar tidak mengikut emosi ketika mengutarakan pandangan berkaitan isu pempengaruh media sosial, Alif Teega yang mengumumkan sudah berkahwin dua.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Harap Satu Hari Nanti Akan Jumpa Lelaki Yang Lebih Baik, Sekarang Tempuhi Sahaja’ – Aisyah Hijanah

Artikel Berkaitan: Tak Gentar Dengan Ugutan Saman, Adik Aisyah Hijanah Cabar Alif Teega Jumpa Keluarga Depan -Depan – ‘Please Be A Gentleman’

Berfikiran rasional

Firdaus Wong Alif Teega

Menerusi perkongsian di Instagram, Firdaus berkata Islam mengajar umatnya agar berfikiran rasional sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara.

Jelasnya, dia berasa hairan apabila melihat ramai netizen yang terlalu mengikut emosi ketika memberi pandangan masing-masing.

Ada satu hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W, baginda berkata antara tanda baiknya Islam seseorang itu adalah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat untuk dirinya, dunia, agama dan akhiratnya.

Apabila influencer ini berkahwin untuk kali kedua, beberapa persoalan yang perlu diketahui yang mana Islam mengajar kita untuk berfikir secara rasional, jangan terbawa dengan emosi kerana orang yang emosi mudah dimanupulasi.

Pertama, apabila influencer itu bernikah kali kedua, adakah dia melakukan sesuatu yang haram? Tidak. Kedua, adakah dia menggunakan duit anda? Tidak. Ketiga, saya lihat isterinya juga mendoakan suaminya bahagia.

Tetapi saya lihat ramai netizen yang emosi ketika membahasakan isu ini. Kenapa anda ingin masuk campur dan memberikan komen? Itu antara urusan dia dan isterinya, adakah isterinya datang mengadu kepada anda?

Dalam perkongsian sama, Firdaus turut menegur sikap segelintir pempengaruh media sosial lain yang dilihat mengambil kesempatan dengan ‘menunggang’ isu yang sedang panas itu.

Bukankah lebih baik kita sebagai muslim yang beriman dengan Allah, kita mendoakan kebahagian buat dia, buat kedua-dua rumah tangganya sekali. Jangan komen berdasarkan emosi.

Khusus untuk influencer lain juga, jangan mengambil kesempatan dengan isu ini untuk menganjing dia. Saya tidak faham kenapa masyarakat begitu allergic dengan isu berkaitan perkahwinan rumah tangga orang lain.

Tiada kaitan dengan kita, orang lain yang kahwin kita pula yang terasa. Lelaki lain yang kahwin yang dimarah lelaki kita. Bukan begitu, itu bukan cara agama yang betul.

Jangan tunggang isu

Firdaus Wong Alif Teega

Justeru, Firdaus mengingatkan netizen agar tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain dan meminta mendoakan yang terbaik buat Alif serta keluarganya.

Saya bukan ingin menyokong Alif, tetapi ingin mengajak orang ramai berfikiran rasional. Siapa yang mahu buat (poligami), buat dengan cara yang halal, bismillah, silakan. Yang akan menanggung adalah dia.

Dia bukan melakukan sesuatu yang haram, netizen yang mengejek dia yang mendapat dosa. Sempat ke meminta maaf kepada dia sebelum anda meninggal dunia? Kerana anda telah mengejek dan menganjing dia.

Kenapa bila nampak lelaki yang kahwin dua buat benda halal, dia dikutuk habis-habisan. Tetapi bila nampak artis atau kawan-kawan yang bermesra dengan pasangan bukan mahram, kita kata sweet. Apa masalah dengan anda?

Masalah anda adalah kekurangan pemahaman agama, nak beragama tetapi pick and choose, nak beragama tetapi ikut emosi. Ingatlah, orang kahwin satu, dua, tiga, empat tiada kaitan dengan anda. Bukan dia kahwin dengan anda pun atau minta duit anda.

Kerana mahu mengkritik tanpa kita sedari, kita telah menghina syariat. Lihat kata-kata anda. Semoga semua bermuhasabah.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong)


Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×