berita

Zarina Anjoulie Jadi Duta Wangian Ched Solid

July 16th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 14 Julai 2012 lalu, telah berlangsungnya majlis pelancaran produk wangian Ched Solid di Restoran Rasta, Damansara. Menerusi pelancran produk ini, difahamkan bahawa pelakon penuh kontroversi Zarina Anjoulie Lavocah atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie telah dipilih sebagi duta produk wangian ini.

Menurut Zarina, beliau bukan sahaja dilantik sebagai duta, malah turut dipertanggungjawabkan menjadi agen perniagaan untuk produk wangian ini. Sepanjang dua bulan produk wangian ini berada di pasaran, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna, memandangkan harganya yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Sebagai permulaan, Zarina telah mempromosi dan menjalankan perniagaan wangian Ched Solid ini menerusi akaun sosial twitternya, iaitu di @Zarina_Anjoulie.

Secara umumnya, produk wangian Ched Solid ini terdiri daripada 20 jenis wangian yang boleh digunakan sebagai minyak wangi, pelembap bibir atau deodorant. Selain itu, produk ini turut mengandungi 100% bebas daripada bahan kimia dan alkohol. Maka ia sesuai untuk kegunaan harian setiap individu.

Sumber : Murai, Twitter Zarina, Ched Beauty Solutions

SKIP THIS AD ×