berita

Zizan Nafi Astro Rancang Konspirasi Singkir Peserta MLM

January 30th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

maaf

Ekoran beberapa keputusan yang mengejutkan daripada pihak Astro dalam program Maharaja Lawak Mega 2014, ramai pihak mula mempersoalkan ketelusan Astro.

Ini diburukkan lagi apabila beberapa kumpulan yang dikatakan layak untuk kekal bersaing dalam MLM tersinggir manakala yang tak kelakar masih kekal. Turut terkena tempias daripada dakwaaan ini ialah ahli kumpulan Virus, Zizan Razak.

Rezeki Kami – Zizan

jmbu

Namun dakwaan tersebut ada asasnya memandangkan Virus dilihat masih bergelut untuk menampilkan persembahan yang terbaik jika dibandingkan kumpulan lain.

Zizan bagaimanapun tampil menafikan dakwaan Virus masih kekal kerana ada konspirasi dari pihak Astro.

Mungkin itu adalah rezeki kami semua jika tiada penyingkiran. Saya rasa tiada konspirasi pun mengenai hal itu.

Saya sendiri pernah mengacara program realiti dan saya percaya pihak Astro sememangnya berlaku adil.

Nafi Tiada Persefahaman

hmm

Berikutan prestasi hambar daripada Virus, ada pihak mendakwa Zizan, Yus, dan Tauke tiada persefahaman. Iyalah kalau diperhatikan betul-betul, gandingan mereka bertiga ini macam tak ngam. 

Sejujurnya saya langsung tiada masalah dengan Yus dan Tauke. Kalau orang cakap kami ada masalah persefahaman memang jauh sekali.

Tambahan pula kami tak pernah bergaduh walaupun dari segi idea. Kami saling bertegur dan masing-masing beri tunjuk ajar.

Apa-apa pun harap Virus dapat membuat persembahan yang terbaik malam ini. Peminat pun dah hilang sabar dah itu, buktikan Virus layak bukan kerana populariti.

Kredit Berita : Mangga Online

SKIP THIS AD ×