berita

Zizan Nafi Hubungan Dengan Emma Maembong Berakhir

December 22nd, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

zizanghebak

Semalam kecoh di laman sosial apabila tersebarnya gosip yang mendakwa hubungan Zizan dan Emma Maembong sudah berakhir. Pada awalnya terkejut juga kami bila mengetahui gosip tersebut. Iyalah takkan clash kot, ke mana sahaja Zizan pergi mesti Emma ada.

Tambahan pula pasangan ini selalu update gambar mereka bersama di laman Instagram.

Zizan Sangkal Dakwaan

zizang

Terbaru Zizan tampil menyangkal dakwaan hubungannya dengan Emma sudah berakhir seperti mana dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan Ahad. Zizan menerusi laman Instagramnya menjelaskan percintaan mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti dilaporkan akhbar itu.

Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua

Siapalah yang memandai-mandai cakap hubungan Zizan dengan Emma dah berakhir ini. Pada masa yang sama Emma turut menyangkal dakwaan tersebut dan meminta peminat tidak mendengar gosip-gosip yang tidak betul.

Nama Kamal Adli Kena Petik

kesainkau

Laporan akhbar itu turut mendakwa pasangan itu sudah tidak bersama sejak sebulan lalu malam Emma sudah mempunyai pengganti iaitu pelakon Kamal Adli yang juga pasangannya dalam drama bersiri Syurga Tanpa Cinta.

Dalam status sama, Zizan yang kini sedang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega bersama dengan kumpulan virus turut menulis dia mencintai Emma dan memberitahu wanita itu sentiasa berada di dalam hatinya.

Emma Maembong sentiasa saya cintai. You always in my heart

Netizen Desak Zizan Emma Kahwin Cepat

Laporan akhbar yang mendakwa hubungan Zizan dan Emma telah berakhir turut mendapat perhatian peminat yang terkejut dengan dakwaan tersebut. Peminat turut mendoakan kebahagiaan Zizan dan Emma malah mendesak agar mereka kahwin cepat!

PEMINAT

KOMEN3

So sekarang semuanya dah terjawab, harap Zizan dan Emma baca komen-komen peminat setia mereka ini. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×