
Penyanyi rap, Zizi Kirana menyifatkan golongan pembuli sebagai individu yang lemah dan tidak mempunyai keyakinan diri.
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Enggan Ulas Hal Peribadi, Perkongsian Disalah Tafsir Ramai Pihak – ‘Yang Kenal, Akan Faham’
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Mahu Keadilan Buat Adik Zara Qairina – ‘Kita Tak Boleh Diam, Apa Lagi yang Ditunggu?’
Pembuli adalah insan yang lemah!
Menerusi aplikasi Threads, Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil turut berpendapat bahawa pembuli tidak pernah hebat seperti mana yang mereka sangkakan sebelum ini.
Pembuli ini tak pernah hebat. Dia cuma manusia kosong yang takut tengok orang lain lebih dari dia.
Dia pijak orang bukan sebab dia kuat, tapi sebab dia lemah.
Manipulatif, insecure, tiada empati dan semua itu adalah topeng untuk sorok hakikat yang dia tak mampu hadap diri sendiri.
Kau nak tahu siapa ‘loser’ sebenar? Dia lah orang yang perlu jatuhkan orang lain untuk rasa bernilai.
Pada Sabtu, proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan dakwaan buli telah selesai dilakukan.
Tindakan itu dibuat susulan arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membolehkan bedah siasat dijalankan bagi tujuan membantu siasatan kes.
Sekadar info, Zara Qairina yang baru berusia 13 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.
Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.
Posting Zizi Kirana

Sumber: Threads Zizi Kirana








