berita

Zo In Sung Tidak Sangka Disambut Baik Di Malaysia

May 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Jo-In-Sung

Semalam (Selasa), pelakon terkenal Korea Selatan telah hadir ke Paradigm Mall untuk menghadiri sesi bertemu peminat-peminatnya di Malaysia.

Pelakon yang berusia 33 tahun itu tidak menyangka yang dia mempunyai ramai peminat di Malaysia. Dia juga memberitahu yang dia tidak pernah terfikir akan dikenali oleh masyarakat lain selain daripada tempat asalnya.

Semua ini sukar dipercayai kerana ia seperti berlaku sekelip mata. Saya bertuah dapat berlakon dalam drama popular kerana ia telah membuatkan saya dikenali di peringkat Asia.

In Sung mula dikenali ramai selepas lakonan hebatnya dalam drama bersiri berjudul ‘That Winter, The Wind Blows’ mendapat sambutan hangat di kalangan peminat.

Perlakon berbakat ini sebenarnya dikatakan hadir ke Malaysia untuk mempromosikan drama bersiri berkenaan yang turut menampilkan Song Hye Kyo.

Bagi yang terlepas atau belum pernah menonton drama ini, anda boleh menyaksikan siaran ulangannya di saluran One HD (astro 393) bermula 1 Jun pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 3.15 petang.

Sebelum tu, kita tengok dulu MV OST untuk drama ‘That Winter, The Wind Blows’ kat bawah ni.

Sumber: mStar Online

SKIP THIS AD ×