Pelakon kacak bertubuh sasa, Zul Ariffin nekad menolak mana-mana tawaran lakonan yang melibatkan adegan-adegan ‘panas’ atau babak berpelukan.
Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Rindu Cuaca Panas Di Arafah
Artikel Berkiatan: ‘Kulit Tapak Kaki Koyak’ – Zul Ariffin Syukur, Rasai Kepuasan Tunai Ibadah Haji
Tolak tawaran
Menerusi perkongsian penerbit Fadzil Teh di Facebook (FB), baru-baru ini dia menawarkan watak kepada Zul untuk sebuah drama siri terbaharu namun aktor itu menolak.
Difahamkan Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin menyatakan dia masih tetap berlakon, bagaimanapun dia nekad tidak akan menerima watak seksi atau terlibat dalam adegan memeluk pelakon wanita.
Zul beritahu dia masih berlakon lagi tetapi dia tidak mahu watak-watak seksi, peluk-peluk.
Aku kata okay ambil watak ini, tak ada rogol, gomol perempuan..dia kata ‘minta maaf haji, saya tak nak terlibat dengan cerita-cerita macam ini’.
Fazli yang berasa segan dengan respon pelakon filem Sangkar itu kemudian bertindak menghubungi pihak stesen televisyen untuk membuang babak berkenaan.
Lepas itu aku terfikir dan aku pula yang malu sendiri. Aku pun terus menelefon orang kuat televisyen itu dan minta buang plot cerita yang agak seksi. Mereka bersetuju.
Dalam pada itu, Fadzli berkata dia terkesan dengan prinsip aktor tersebut dan berjanji tidak akan menerbitkan lagi drama-drama seperti itu.
Aku pernah berjanji dengan diri aku, sudah tidak mahu menerbitkan drama yang agak seksi jalan ceritanya. Tapi kadang aku sendiri lalai dan lemah dengan dunia ‘glamour’ ini.
Terdahulu, Zul menzahirkan kesyukuran dan meluahkan rasa gembira apabila dia berpeluang menunaikan ibadah haji selepas tiga kali mengerjakan umrah sejak Ogos tahun lalu.
Untuk info, aktor berusia 37 tahun itu pernah dikenakan tindakan undang-undang iaitu didenda sebanyak RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah memuat naik babak ‘panas’ di laman sosialnya.
Sumber: FB Fadzli Teh