berita

‘Zura, Kenapa Buat Amir Macam Ini?’ – Individu Dedah Pernah Jumpa Ibu Amir 4 Tahun Lalu Tapi…

January 30th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Berita kematian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya meruntun hati ramai orang. Lebih menyedihkan apabila mangsa yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek berusia 7 tahun ditemi lemas di dalam tong air serta beberapa kesan kecederaan di badan.

Artikel Berkaitan : Kanak-Kanak Maut Selepas 3 Bulan Diserahkan Kepada Keluarga Kandung, Dipercayai Didera

Artikel Berkaitan : ‘Pemergian Amir Beri Kesan Kepada Seluruh Ahli Keluarga Saya’ – Ibu Angkat

Artikel Berkaitan : ‘Binatang Punya Mak!’ – Netizen Serang FB Ibu Kandung Arwah Amir

Terbaru, seorang individu mendakwa pernah bertemu ibu kandung Amir pada tahun 2017. Malah, menurutnya dia tidak sangka ibu yang Amir dikenalinya sanggup bertindak demikian.

Jumpa ibu kandung Amir pada 2017

Aku dalam perjalanan ke ofis, di Rumah Media MITC. Awal pagi itu mataku tertancap pada seorang wanita muda dengan sebelah tangan memangku bayi dalam dukungan, seorang anak kecil dalam usia 2 tahun merangkul erat badan wanita muda itu, dan sebelah tangan lagi memegang handle motor buruk yang begitu nazak kondisinya.

Tidak sedap hati melihat wanita muda itu naik motor bersama motornya, dia kemudian berhenti dan meluru keluar kereta untuk bertanya kemana dia pergi. Menurut wanita tersebut, dia ingin ke bangunan WAY kerana ada kursus.

Dia turut memberitahu terpaksa membawa anaknya kerana tiada siapa yang sudi menjaga. Ditambah pula dia tidak bekerja dan ingin tambah pendapatan melalui kursus tersebut.

Adik beradik ramai kak. Duduk pun merata-rata. Tapi saya malu nak minta tolong dengan family, mereka macam tak suka saya,” jawabnya. “Kenapa pulak? “Dulu masa saya belajar di KYM saya ada kenal dengan seorang lelaki ni. Agak tua, jauh beza usia, macam pangkat bapak bapak. Tapi dah jodoh, kami kahwin.

Tambah wanita itu lagi, anak-anak suami lagi tua dan tak suka kepadanya. Keluarga sendiri turut membuangnya kerana tidak restu atas perkahwinan ini. Selepas bercerai, dia terpaksa memberi seorang anaknya (dipercayai Amir) kepada keluarga angkat.

Lepas tu saya kahwin lain kak. Suami sekarang muda juga la. Tapi dia pun kewangan sederhana je. Dulu kerja maintenance di MITC hotel, tapi dah berhenti, gaji sikit, ni baru tiga minggu pergi kerja Singapore. Gaji sana tinggi.

Selalu dapat mesej tekanan

Dalam pada itu, individu ini menawarkan pertolongan untuk menjaga anaknya sementara dia pergi ke kursus selama 2 jam. Walaupun wania tersebut berat hati, namun individu ini tetap berkeras mahu membantu. Selepas dua jam, wanita telefon untuk diminta ambil.

‘Dah makan? ‘Belum,’ jawabnya pantas. Lapar barangkali. ‘Jom kita makan dulu. Nanti baru akak hantar awak ambil motor. Anak2 naik kereta, akak hantar sampai rumah. Aku terus bawa tiga beranak ni makan di Restoran Bung di Taman Tasik. Berselera sungguh. Sambil makan kami bersembang lagi.

Kenapa pergi kursus kosmetik tu. ‘Saya minat beauty kak. Kalau ada rezeki nak kerja di saloon ke. Tak pun nak buat dropship.’Panjang lagi dia bercerita kisah hidup. Lebih banyak sedih daripada gembira. Konklusinya, dia tertekan. Sengsara berganda. Depression maha dasyat. Kasihan… muda, cantik, tapi diduga berbagai penderitaan.

Selepas makan aku hantar individu ini menghantar wanita dan anaknya ke tempat parking motor. Wanita tersebut berterima kasih kerana sanggup bantu. Dia turut dilihat menangis sebak kerana keprihatinan individu ini.

Tak apa la Zura. Itu yg termampu akak bantu. Akak risaukan anak2 tu. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Jika ada kerja tak de orang nak jaga anak bagi tau. Boleh tinggalkan sekejap di rumah akak. Anak-anak akak pun ada boleh tolong layan anak-anak Zura. Ok akak nak balik ofis semula ni. Masih banyak kerja. Zura take care. Apa-apa call akak ye. Air mata bertakung. Entah apa lagi deritanya ketika itu yang tidak terluah.

Menurut individu ini, sejak peristiwa tersebut mereka mula berhubung. Sesekali akan bertukar gambar dan berita. Malah, dia turut menerima luahan seperti wanita ini tekanan dan minta dibantu.

“Akak, baby dah besar.” “Akak, ada kerja kosong tak.”Akak, saya stress.”Akak, apa nak buat ni.”Akak, boleh bantu saya.” Zura! Kenapa begini? Kenapa buat Amir macam tu.

Individu ini melahirkan rasa terkejut apabila mendapat khabar berita kematian anak wanita tersebut yang dipercayai dibunuh. Rata-rata bersimpati jika benar kisah dikongsikan individu ini.

Sumber : Aflieza

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×