berita

Zurich Malaysia Lancar Kempen ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’, Demi Masa Depan Yang Lebih Baik

September 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

zurich malaysia

Zurich Malaysia telah mengumumkan kempen jenama terbaharunya iaitu ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’, bagi mengukuhkan lagi komitmen untuk membina masa depan yang lebih cerah melalui impak positif.

Tanggungjawab sosial & lindungi alam

zurich malaysia

Kempen ini merangkumi pelbagai inisiatif yang akan memberi kesan baik bagi mengukuhkan komitmen Zurich Malaysia atas dasar tanggungjawab.

Selain itu, Zurich Malaysia juga bakal mengadakan Karnival Kita OK! yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 September di Pasar Seni. Karnival ini menyediakan pelbagai bengkel dan gerai yang terdiri daripada para penjual serta organisasi tempatan termasuk pakaian, aksesori, makanan dan lain-lain.

Dalam pada itu, pengunjung Karnival Kita OK! turut berpeluang melihat pameran gambar ‘Zurich Cares’ iaitu sebuah projek pemuliharaan dan pemulihan hutan. Zurich Malaysia terlibat secara aktif untuk melindungi spesies-spesies pokok terancam di Merisuli, Sabah selain menyelamatkannya daripada kepupusan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho berkata dengan penuh rasa tanggungjawab mereka melaksanakan kempen ini sebagai satu usaha buat kesejahteraan semua.

Kami sangat yakin tindakan kami hari ini akan membuka masa depan yang lebih cerah. Kempen jenama ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ merupakan lanjutan daripada usaha berterusan kami untuk menyokong dan menjaga segenap lapisan masyarakat.

Ia menzahirkan keazaman kami untuk mencorak masa depan yang lebih cerah bagi rakyat Malaysia, yang bukan sahaja bersiap sedia dari segi kewangan, tetapi juga bertanggungjawab dari segi sosial dan alam sekitar.

Program daya tahan iklim bandar

zurich malaysia

Sementara itu, Zurich Malaysia turut mengumumkan pelancaran ‘Program Daya Tahan Iklim Bandar’ dan memperkenalkan pihak-pihak yang berkongsi matlamat bersama bagi menangani isu iklim serta membina daya tahan iklim dalam komuniti bandar.

Objektif program ini adalah untuk membina masyarakat yang mampan dan berdaya tahan serta berkembang maju dalam menghadapi bencana berkaitan iklim.

Kami sangat teruja untuk melancarkan Program Daya Tahan Iklim Bandar di Malaysia dan mengumumkan satu kerjasama sepanjang tiga tahun yang selaras dengan cita-cita kemampanan Zurich serta teras kempen jenama kami.

Melalui kerjasama langsung dengan Yayasan Z Zurich dan rakan-rakan kongsi global yang dilantik, C40 Cities Climate Leadership Group (C40) bakal bergabung tenaga dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), manakala Resilient Cities Network (R-Cities) akan berganding tangan dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh berkata beliau menyedari kesan buruk yang sedang dihadapi akibat panas melampau dan banjir yang semakin kerap. Justeru itu, beliau menjelaskan pentingnya untuk pihak DBKL bertindak segera.

Di Kuala Lumpur, kami sentiasa merancang jauh ke hadapan dalam membina masa depan di mana semua orang boleh berkembang maju walaupun iklim berubah.

Selaras dengan ini serta semangat Malaysia Madani, DBKL berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan C40 dan Yayasan Z Zurich untuk mengukuhkan lagi daya tahan iklim bandar kami melalui Program Daya Tahan Iklim Bandar, yang akan dilaksanakan dengan penglibatan komuniti yang mendalam di kawasan kejiranan terpilih dalam bandar kami.

Sementara itu, Datuk Bandar Melaka iaitu Datuk Hj. Shadan Hj. Othman berkata sebagai bandar bersejarah dengan status Warisan Dunia UNESCO, pihaknya sedar akan pentingnya membina daya tahan komuniti untuk memastikan warisan budaya terus berkembang dalam menghadapi cabaran iklim.

Oleh itu, dengan semangat yang tinggi, Bandaraya Melaka menyertai Program Daya Tahan Iklim Bandar yang baharu ini. Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Resilient Cities Network dan Yayasan Z Zurich untuk mencipta masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan untuk komuniti kami, bandar kami, dan negara kita.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen jenama #LindungiSegalaPerkaraYangBermakna serta pendekatan holistik Zurich Malaysia dalam membina hari esok yang lebih cerah bersama-sama, sila layari www.zurich.com.my/CareForWhatMatters.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan Insurans dan Takaful Zurich Malaysia yang terkini, sila layari www.zurich.com.my.

SKIP THIS AD ×