Pelawak dan penyampai radio, Chot XOXO menyatakan dia ingin mencari jalan pendamaian bagi menamatkan konflik dengan bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah.
Artikel Berkaitan: ‘Ini Yang Kata Tak Bahagia, Sampai Dah Lahirkan Dua Orang Anak’ – Bekas Isteri Chot
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Janji Nak Rujuk Balik, Chot Anggap Berpisah Jalan Terbaik – ‘Tiada Siapa Minta Kecurangan Rumah Tangga Berlaku’
Henti muat naik kandungan negatif
Memetik laporan Harian Metro, Chot mendedahkan dia terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk berkomunikasi dengan Zafirul selepas disekat di semua platform.
Katanya, dia dan isteri, Zurina Badron akan menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah.
Saya dan isteri kini menggunakan khidmat peguam dan menghantar notis kepada pihak sebelah sana. Notis itu adalah untuk tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi fitnah.
Tapi, tujuan utamanya adalah untuk pihak sebelah sana memadam, berhenti memuat naik kandungan yang memberi kesan negatif kepada semua pihak dan juga untuk mencari jalan perdamaian.
Dia tetap ibu anak saya
Dalam pada itu, pemilik nama Hazmeer Hassan menekankan dia enggan mengaibkan mana-mana pihak selain perlu menjaga hati isteri yang baru dinikahi pada 23 Januari lalu.
Saya nak jelaskan bahawa saya tak fikir untuk abaikan sesiapa. Baik buruk dia, dia tetap ibu kepada anak saya. Pada masa sama, saya kena jaga hati isteri saya juga. Sebab itu saya perlu berhati-hati sebelum berikan sebarang kenyataan.
Walaupun pelbagai tohmahan dihadapi, isteri sayalah yang selalu mengingatkan saya mengenai nafkah anak, insurans anak dan sebagainya. Memang setiap kali dapat gaji, itu perkara pertama yang diingatkan.
Saya rasa, kalau kami bertiga dapat berjumpa, pertemuan itu akan berlangsung dalam keadaan yang baik dan tenang. Saya pun ingin berdamai dan ingin berjumpa dengan anak saya.
Sebelum ini, Zafirul mendedahkan punca penceraian rumah tangganya dengan Chot adalah disebabkan orang ketiga.
Terdahulu, Chot telah berkahwin dengan Siti Zafirul Azzah pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Sher Harraz serta Ahmed Sher Hayyaz.
Sumber: Harian Metro