Semalam kecoh di laman sosial apabila tersebarnya video seorang pekerja warga Bangladesh di pukul oleh seorang pelanggan di kedai mencuci kereta.
Tindakan pelanggan lelaki yang ganas itu dikecam hebat oleh netizen, rata-rata turut geram dan mahu lelaki berkenaan di bawa ke muka pengadilan.
Namun menurut seorang wanita yang dipercayai pemilik kepada Car Wash berkenaan, insiden itu tidak habis di situ apabila pekerjanya dipukul lagi di belakang kedai sehingga patah hidung.
Dibelasah lagi belakang kedai
Menurut wanita ini, pekerjanya dipukul lagi dibelakang kedai namun malangnya cctv tidak berfungsi. Terdahulu, lelaki ini dikatakan berang kerana pekerja warga Bangladesh tersebut telah mengotorkan keretanya.
Malah dia enggan membayar kos mencuci kereta dan meminta ganti rugi RM1000.
Orang Melayu kita, pakai Range Rover
Difahamkan laporan polis telah dibuat. Apa-apa pun kita tunggu susulan daripada kes ini, harap dibawa ke muka pengadilan. Jangan kerana ‘pangkat’ kes ini dipandang remeh.
rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan myebabkan keretanya kotor… mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina… kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang rm1000 kerana duduk dan mengotorkn keretanya ketika mengelap cermin…
siapa pun kita, sekaya mana pun kita… jgn terlalu angkuh dan bongkak dgn mereka yg dipandang hina…
npk mmg sikit… tp smp skrg darah x berhenti… bangla refer klinik… klinik kata patah/bengkak teruk n refer hospital* semoga diberi hidayah kpdnya… saya maafkan & halalkn upah cuci kereta td… jangan terlalu mendongak ke langit…
Posted by Atie Abdul Hamid on Saturday, 17 October 2015
Sumber : Atie Abdul Hamid