berita

10 Tips Malam Pertama Supaya Anda & Suami Tak Kecewa

January 12th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang
dp

Ingat tak beberapa hari yang lalu kami ada berkongsi tips untuk mereka yang bercadang untuk melangsungkan majlis pertunangan? Jadi macam mana berguna ke tidak?

Artikel Berkaitan : 13 Cara Jimat Duit Untuk Majlis Pertunangan Yang Grand

Bagi orang melayu, bercakap soal malam pertama adalah satu perkara yang skeptikal dan taboo. Malah ianya jarang diperkatakan di dalam perbualan harian.

Untuk korang yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, jangan risau sebab hari ini kami di OHBULAN! ingin berkongsi 10 tips malam pertama supaya korang dan pasangan tak kecewa.

1. Bagi Salam Elak Nervous

jalan

Kalau korang ingat nak masuk rumah je patut bagi salam, korang memang silap. Bagi salam saat korang mula melangkah masuk ke bilik. Nak bagi pasangan korang lagi major turn on, selepas bagi salam sila berjalan masuk dengan lemah lembut atau persis seorang model.

2. Standby Redbull Atau Kacip Fatimah

kaciipp

Setelah seharian bersanding dan penat melayan kerenah tetamu yang hadir, energy pun akan berkurang apabila tiba waktu malam. Jadi bagi mengelakkan timbul rasa kecewa antara anda dan pasangan kelak, kami cadangkan standby minuman tenaga seperti Redbull atau pun Kacip Fatimah. Biasalah nak overnight kan?

3. Sewa Bilik Hotel Instead Of Rumah Mak

hptel

Semua pasangan yang berkahwin pasti melalui malam pertama, tak ada yang terkecuali kan? Jadi buat korang yang jenis pemalu level 99, malu dengan family yang sedia maklum peka dengan malam pertama, rasanya korang boleh book hotel di sekitar rumah korang dengan alasan hadiah daripada kawan-kawan. Logik ke tidak?

4. Letak Home Theater Dalam Bilik

tetaer

Mulakan survey harga home theater di kedai peralatan elektrik seperti Harvey Norman. Tak pun kami sarankan tanya kawan-kawan yang ada home theater dan pinjam daripada mereka. Ini merupakan cara terbaik untuk menenggelamkan bunyi yang tidak sepatutnya.

5. Tampal Bekas Telur Sebagai Sound Proof

http---makeagif.com--media-1-12-2015-IABZJf

Untuk yang tak berkemampuan dan tak ada home theater, jangan risau sebab kami memang memahami. Biasanya majlis perkahwinan memerlukan bekalan telur yang banyak untuk dijadikan bunga telur. Jadi bekas-bekas telur yang dah tak digunakan lagi itu jangan buang, ambil dan tampal di bilik tidur korang. Memang betul-betul sound proof la!

6. Minta Pendapat Otai

tell

Pepatah ada mengatakan, jauh berjalan luas pemandangan. Jadi apa kata korang minta pendapat daripada orang yang ‘makan garam’ terlebih dahulu. Tanya kepada mereka yang lebih terbuka dalam hal ini macam kawan-kawan. Kalau ibu dan ayah open minded, tanya je lah.

7. Elakkan Make Up Tebal Macam Badut

fizz-fairuz-bertudung

Bagi menaikkan lagi mood pasangan korang, eloklah make up secara simple. Elakkan make up tebal-tebal persis badut kerana ini mungkin menghilangkan mood dan selera pasangan. Walaupun penat melayan kerenah tetamu yang hadir, serikan muka korang secantik yang mungkin.

8. Buka Hadiah Perkahwinan Sebagai Aktiviti Selingan

cenderahatiperkahwinanthexsara_4344_235

Percayalah bahawa malam tersebut merupakan malam yang sangat panjang dalam hidup korang. Dan mungkin juga korang takkan tidur. Jadi bagi memeriahkan lagi suasana, bawa kesemua hadiah perkahwinan ke dalam bilik dan buka satu persatu bersama pasangan sebagai aktiviti selingan.

9. Beli Buku Psikologi Dan Belajar Body Language

body

Berhadapan dengan pasangan yang mungkin korang masih lagi tidak mengenali sikap sebenar dirinya, pasti susah untuk difahami. Iyalah yang selama ini korang kenal si dia secara luaran sahaja. Jadi kami sarankan pergi ke kedai buku berhampiran dan dapatkan buku psikology. Study bab body language.

10. Jangan Menyanyi Atau Bercakap Semasa Mandi

sing

Sejurus selesai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, masa untuk membersihkan apa yang patut. Semasa mandi elakkan menyanyi atau bercakap seorang diri di dalam toilet. Bukan apa, bimbang akan menimbulkan rasa takut kepada pasangan korang. Iyalah pagi-pagi buta menyanyi..seram kot.
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×