Program variety show yang sangat popular iaitu Running Man sudah cecah kira-kira 11 tahun penyiaran di Korea Selatan. Malah, program ini cukup dikenali di seluruh negara termasuk di negara-negara Asia Tenggara.
Artikel berkaitan: Disebalik Populariti & Gelak Ketawa, Yoo Jae Suk Dedah Realiti Sebenar Bergelar Artis Terkenal
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Menangis The Lion King Tengok..’ – Nyanyian Acapella & Suara ‘Merdu’ Kwang-soo Bikin Pecah Perut!
Terbaru, salah seorang ahli Running Man iaitu Lee Kwang Soo membuat keputusan dan memaklumkan bakal undur diri dari program berkenaan selepas 11 tahun.
11 tahun bersama Running Man
Memetik laporan The Korea Herald, Lee Kwang Soo merupakan salah seorang ‘member’ Running Man yang sudah lama menyertai program itu. Kemunculan pertamanya pada episod pertama Running Man bersama-sama dengan Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Joong Kook, Gary dan Soong Joongki.
Setelah 11 tahun bersama dengan pasukan Running Man, akhirnya Lee Kwang Soo mengambil keputusan untuk meninggalkan program realiti tersebut. Dia akan menjalani penggambaran bagi episodnya yang terakhir iaitu pada 24 Mei 2021 ini.
Menurut pihak pengurusan pelakon tinggi lampai itu, dia perlu menerima rawatan terapi susulan keadaan kakinya yang terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya tahun lepas. Dia bagaimanapun telah berbincang dengan pihak produksi untuk memberi ruang buat dirinya menyembuhkan semula dirinya kesan daripada kemalangan lalu.
Tidak mudah untuk melepaskan Lee Kwang Soo yang telah 11 tahun bersama dengan Running Man. Tapi kita setuju dan berpendapat untuk memberinya masa menjalani rawatan fizikal dan mental.
Momen kelakar Lee Kwang Soo
Sumber: The Korea Herald