Ikan bilis merupakan makanan yang mudah untuk dimasak dan enak untuk dimakan. Bagi anda yang bujang dan mahu berjimat, memasak menggunakan ikan bilis sebagai bahan utama juga sudah mencukupi menu tengah hari anda.
Disini admin sediakan lima menu mudah untuk orang bujang yang boleh masak dengan menggunakan ikan bilis. Mudah dan cepat! Yang paling penting, ianya enak dijamu selera!
Sambal Tumis Ikan Bilis
Menu pertama yang admin nak kongsi dengan anda semua ialah sambal tumis ikan bilis. Ianya merupakan sebuah menu yang cukup mudah untuk dibuat. Makan dengan nasi lemak untuk sarapan pagi, pasti akan lengkap hari anda. Tak ada nasi lemak pun takpelah, makan dengan roti pun sudah menyelerakan.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/sambal-tumis-ikan-bilis
Sambal Goreng Ikan Bilis
Bagi mereka yang tidak suka makan nasi dengan kuah, menu mudah ini sangat sesuai dengan anda. Menu kedua yang kami ingin kongsikan ialah sambal goreng ikan bilis. Cara menyediakannya lebih kurang dengan menu tadi, namun ianya kering dan tidak berkuah.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/sambal-goreng-ikan-bilis
Ikan Bilis Masak Asam
Siapa disini peminat asam? Apa kata kali ini anda cuba campurkan asam dalam masakan bilis anda. Rasa masam dari menu Ikan bilis masak asam bercampur rasa manis pada kicap yang diletakkan pada nasi putih, fuhh pasti terangkat! Sedap kome!
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ikan-bilis-masak-asam-simple
Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis
Selain daripada masak sambal tumis dan masak asam, ikan bilis juga boleh dimasak Sambal Tempoyak Petai. Gabungan petai dan ikan bilis ditambah pula dengan sambal tempoyak, pasti lidah melayu anda akan rasa berselera untuk makan lagi dan lagi.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/sambal-tempoyak-petai-ikan-bilis
Goreng Kicap Ikan Bilis Berkentang
Kami pasti tidak kira tua atau muda pasti menggemari masakan Goreng Kicap Ikan Bilis Berkentang. Selain resepi ini senang dibuat, bahannya juga mudah didapati. Lebih-lebih lagi untuk anda yang bujang dan pandai masak masakan simple tapi sedap.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/goreng-kicap-ikan-bilis-berkentang
Sumber: MyResipi